Wednesday, March 6, 2013

Hadif Tempat Ke-3; IBW2012 Colouring Contest

Sempena International Babywearing Week 2012, Malaysian Babywearers telah mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Saya bagi galakan pada Haziq dan Hadif untuk turut serta, tapi cuma Hadif saja yang berminat untuk mewarna. Warna pun simple-simple saja.  Rasanya tak banyak penyertaan, jadi adalah rezeki Hadif dapat nombor 3. Dia saja yang warna simple. Tempat pertama dan kedua warna cantik dan terang. 


Hadiah telah diposkan ke rumah. Hadif dapat set alatulis.


Ada lagi satu hadiah belum sampai, bekas mengisi pensil warna yang dibuat oleh Annarozy Homemade Kids Couture. Gambar ini saya ambil di Facebook Annarozy.



Hadif bergambar dengan set alatulis yang dimenanginya.


Amboi, kenapa muka masam? Tak suka ke menang hadiah? Sebenarnya dia masam sebab saya asyik ambil gambar dia berkali-kali tapi asyik kata gambar tak jadi. Sorry, jangan marah. Nanti tak handsome!

No comments: