Wednesday, March 6, 2013

Karnival Keluarga Bahagia

Malam Ahad selepas Haziq habis kelas Bahasa Arab, kami sekeluarga saja-saja singgah di Karnival Keluarga Bahagia, Bertam Perdana. Kononnya nak tengok kumpulan UNIC. Memang menarik persembahan kumpulan nasyid ni. Menghiburkan dan pandai mengambil hati penonton terutamanya kanak-kanak. 


Ada juga gerai dibuka semasa karnival berlansung.


Anak-anak minta abahnya belanja minum, fun fries dan keropok. Dah malam pun sibuk nak makan keropok.




Hana Alesya dengan rela hati memakai tudung. Maklumlah nak pergi tengok konsert nasyid.


Comelkan? Kena ajar sikit-sikit. Nanti boleh dibiasakan.


Tak larat berdiri, kami duduk. Sepanjang menonton lansung tak bosan. Siap beli CD dari kumpulan UNIC. Murah je RM10.00. Lupa pula nak ambil gambar CD.


Ok, itu saja. Saja nak share aktiviti kami sekeluarga di waktu senggang.

No comments: