Friday, March 22, 2013

Learning Trip: Muzium Negara

Sudah alang-alang sampai ke KL, kami merancang ke Planetarium Negara. Malangnya Planetarium Negara ditutup pada hari Isnin.


Jadi, terpaksa ubah rancangan. Kami ke Muzium Negara. Nampak tu Muzium Negara dikejauhan.


Bersemangat je 4 beranak ni berjalan. Saya lately sakit lutut macam orang tua. Jalan pun slow saja.


Sebelum masuk kena beli tiket dulu. Hari Isnin, jadi orang pun tak ramai sangat. Yang ramai adalah pelancong asing.


Keadaan di dalam Muzium Negara. Sunyi, sepi dan tenteram. Nak bercakap kuat sikit pun jadi takut. Tapi anak-anak saya sikit pun tak heran. Bising bukan main lagi.


Ok, nak maklumkan lagi sekali. Kamera habis bateri. Gambar diambil dengan kamera handphone. Jadi tak dapat nak share gambar yang cantik-cantik.

Ini saja antara gambar yang sempat saya ambil. Saya suka kasut ni sebab cantik! Kasut Baba dan Nyonya.


Basikal yang digunakan oleh tentera Jepun.


Kami bergambar beramai-ramai dengan Hang Tuah. Ini merupakan kali kedua. Kali pertama kami bergambar di Melaka. Konon-konon je. Padahal bukan Hang Tuah yang sebenar. Cuma patung/ukiran sahaja.


Anak-anak yang sentiasa riang. Tak reti penat lansung.


Learning trip ke Muzium Negara sedikit membosankan bagi anak-anak. Mungkin kalau Planetarium Negara dibuka, mereka lebih suka. Nampaknya anak-anak saya lebih berminat dengan sains daripada sejarah.

2 comments:

Nafisa81 said...

pernah pergi sekali...masa form 2 ikut rombongan. dah lebih 15 tahun yg lalu dah..

Aishah Megahasz said...

Nafisa: Akak pun pergi lama dulu, masa sekolah rendah. Kali ni pergi macam boring ja muzium ni.