Tuesday, March 5, 2013

Model Kalendar

Biasanya model kalendar adalah mereka yang ayu, jelita dan yang pastinya masing single. Bukannya yang sudah beranak 3 macam saya. 

Tapi, sayalah ibu yang bertuah itu! Salah satu gambar saya bersama Hana Alesya telah dipilih untuk dimuatkan di dalam kalendar Malaysian Babywearers untuk tahun 2013.


Perasan sekejap saya, rasa macam artis pun ada. Bila lagi nak merasa jadi model kalendarkan?