Tuesday, March 5, 2013

Rezeki Dengan Jacob's

Peraduan sempena ulangtahun ke-60 Jacob's telah diadakan di Facebook Jacob's. Setiap minggu, pemenang yang terpilih bakal menerima satu set lengkap biskut Jacob's yang didatangkan khas dalam tin edisi terhad.

Minggu ke-4 saya cuba-cuba menghantar penyertaan dengan temanya 'My Time With Jacob's Tin'. Kesian mak saya telah dipaksa untuk mengambil gambar bersama dengan cucu-cucunya untuk peraduan ini. Bila pemenang minggu ke-4 diumumkan, gembira betul bila dapat tahu saya menang!



Minggu ke-5 saya mencuba nasib lagi sekali. Tema minggu ke-5 adalah 'Jacob's: My Travel Partner". Minggu ke-5 ini kena buat karangan/cerita. Bila keputusan keluar, lagi sekali nama saya ada dalam senarai pemenang. Syukur!



Nampak gayanya nanti jenuhlah saya dan keluarga makan biskut Jacob's. Kalau ada yang berminat untuk turut serta dalam peraduan ini, masih ada 2 minggu lagi untuk anda turut serta. Jom KLIK DI SINI. Good luck!

No comments: