Wednesday, April 3, 2013

Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti sekolah kali ini tiada cuti-cuti Malaysia sebab memang tiada dalam perancangan. Lagipun dah habis semua hadiah voucher hotel digunakan. Mungkin cuti sekolah akan datang boleh pergi bercuti.

Cuti sekolah kali ini mulanya saya rancang hendak ke Ladang Anggur Tasik Beris tapi tak kesempaian hajat saya. Cuma bawa anak-anak balik kampung.

Minggu lepas saya bawa anak-anak menonton wayang cerita The Croods. Menonton wayang di malam hari, anak-anak lebih baik kelakuannya. Letih main pada waktu siang mungkin. Cerita pun best dan menarik. 4 bintang saya beri. Lagi teruja nak dengar suara Yuna menyanyi. 


Balik dari menonton wayang kami singgah lepak di kedai mamak sambil makan. Seronok betul anak-anak.



Saya pun seronok juga. Lupakan terus diet sambil makan roti nan bersama ayam tandoori. Sedap!


Esoknya saya bawa anak-anak ke Parkson. Tujuannya nak membeli seluar raya untuk Haziq dan Hadif. Jangan cakap awal lagi dah sibuk nak buat persiapan raya. Saya memang macam tu, suka buat persiapan awal-awal.

Kita sibuk memilih seluar, anak-anak saya boleh berlari ke bahagian permainan pilih apa yang mereka mahu. Anak-anak, tajuk kita hari ini adalah membeli seluar untuk hari raya, bukannya membeli permainan. Jadi, sekian, terima kasih.


Penat betul membeli-belah untuk anak-anak. Padahal beli 2 helai seluar untuk Haziq, 2 helai untuk Hadif dan 1 kotak seluar kecik untuk Hana Alesya.

Jom makan dulu! Memandangkan saya sudah berjanji nak belanja anak-anak (termasuk Abah anak-anak sekali ye) makan sedap-sedap hasil duit Nuffnang yang saya dapat, kami semua ke Mahanttan Fish Market. Cuba cari mana kami semua?


Wajah senang Hana Alesya menikmati sup kegemarannya.


Ingatkan lepas tu nak menghabiskan voucher Buku 1 Malaysia Huzein punya. Tetapi ramai sangat orang di kedai buku Popular, maklumlah tengah ada pesta buku. Jadi kami batalkan hasrat itu dan terus pulang.

2 comments:

Ezna said...

teringin nak tgk The Croods. Tak berkesempatan lagi...

Aishah Megahasz said...

Ezna: Seronok ceritanya, anak-anak pun suka.