Friday, April 5, 2013

Hadiah Lama Dan Hadiah Baru

Salam semua. Seperti biasa saya nak kongsi hadiah yang saya dapat sepanjang minggu lepas dan minggu ini. Adalah sikit-sikit tapi seronok tetap seronok!

Hadiah misteri dari FB Najjah Boutique. Sabar je tunggu apa hadiahnya. Produk Najjah termasuk tudung dan baju tersangatlah mahal harganya bagi saya. Di luar kemampuan untuk saya beli. 


Bila sampai, rupa-rupanya saya dapat shawl. Saya tak pandai sangat pakai shawl tapi shawl ni macam mudah pula nak pakai sebab dibuat daripada kain cotton.


Tengok, harganya RM80.00. Kalau beli sendiri, haruslah takkan saya beli.


Hana Alesya merasmikan shawl ibu. Bukan main lagi dia.


Mini kek coklat daripada Facebook Sheera D'licious. Sedap keknya! Sheera D'licious beroperasi di Pulau Pinang, jadi mudahla nak pergi ambil kek ini.



Krim mandian daripada Dettol. Tiba-tiba saja sampai, lepas tu baru dapat emel kata saya menang daripada pihak Dettol.


Buku ini pun tiba-tiba sampai di rumah. Hadiah dari majalah Seri Dewi dan Keluarga untuk ruangan Cuit-Cuit Suami/Isteri.


Apa benda ni? Saya pun tak berapa tahu fungsinya, yang pastinya boleh dengar lagu la. Cis..jangan gelak. Saya memang tak pandai sangat gajet-gajet ni. Benda alah ni lebih kurang radio/sound system. Hadiah dari peraduan 7-Eleven.


Jeng...jeng..jeng....teka apa ini? 2 bungkus besar, jenuh angkat masuk ke dalam kereta. Nasib baik ada adik yang baik hati menolong.


Ok, inilah hadiahnya. 10 tin biskut dari peraduan di Facebook Jacob's. Meriah dengan tin edisi terhad. Hari-hari makan biskut. Biskut ini akan dikongsi bersama dengan mak saya sebab saya gunakan gambar mak dan anak-anak untuk masuk peraduan ini.


Last sekali hadiah novel Ops! Zulaikha dan 2 batang lip gloss. Lip gloss jenama Clinique. Menang tempat ketiga dalam Peraduan Ops! Zulaikha di blog Rudi Zone. Ingatkan dah tak menang apa-apa sebab peraduan ini pun sudah lama diadakan.



Ops, ada lagi! Tiket Bola Kampung The Movie. Tapi sampai sekarang tak sampai-sampai. Cerita Bola Kampung The Movie pun dah nak habis di pawagan. Kiranya 'terbakar' sajalah tiket ni.


Itu saja. Harapnya lepas ni akan menang hadiah-hadiah besar sebab masuk bulan Mac semangat saya untuk masuk contest sudah datang kembali. Doakan saya ok!

6 comments:

Mama Zharfan said...

congrats!! tajuk entry u mcm sama dgn ayu rafikah heheh

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tuela rasa macam dah baca tapi kat blog lain hihi

Aishah Megahasz said...

Sumber inspirasi...dah tak reti nak letak tajuk apa :D

Lin Azlina said...

hehe..betul kata mereka..tajuk sama.. mcm ada tertengok jugak b4...tp excited nk tahu org menng adiah apa..

Sizzling Suzai said...

wahh wahhh byk nyer dpt hadiah sgt brtuahhh...jap2 GiJoe xbest??! biaq betol kak..sume kwn2 sy n mane2 sy bace review sume dok habaq best gegeilerrrrr...hahaha tp sy pon lom tgk gak lg ;D btw thanks 4 d vsiting!

Aishah Megahasz said...

Ya, GI Joe tak best. Maybe tak kena dengan selera. Rasa diperbodohkan oleh Mat Salleh je tengok cerita tu :P