Tuesday, April 30, 2013

Jualan Gedung Pallas Malaysia

Gigih nak beli kasut murah. Jauh juga Nibong Tebal dengan rumah saya, tapi memandangkan jarang sekali ada jualan murah macam ni, haruslah saya pergi.

Ini poster iklan di facebook Pallas Malaysia. Ada lucky draw lagi. Tapi, saya tak lucky.


Sampai akhirnya kami sekeluarga di tempat kejadian. Panas terik tidak menghalang hasrat memborong kasut sebanyak mungkin :P


Nak kata ramai sangat orang taklah juga. Kasut-kasut yang dijual adalah kasut lelaki dan kasut kanak-kanak sahaja termasuk kasut sekolah. Sliper budak hanya RM5.00. Borong sakanlah kami.


Haziq membantu Hadif mencuba sliper RM5.00. Memang murah tapi kena korek dalam dan gigih mencari saiz sendiri.


Saya dan Hana Alesya yang masam. Hana Alesya tak berapa sihat jadi muka pun monyok saja. Hadiah untuk budak monyok ini adalah 4 pasang kasut.


Seratus lebih jugalah duit habis di sini. Tapi harga memang murah. Gambar hasil borongan lupa nak ambil. Kalau teringat nanti saya ambil. Ok, bye!

2 comments:

Mama Zharfan said...

waaa berbaloi2 tu!!

maszatulnurulazida mansur said...

ooo..patut la last week kmas balik kg tengok bata buat sale - pallas lah..tp mmg seliper RM5 je..takder org..kasut perempuan selesa n cantik RM20 jew, kasut raya budak ballerina RM10 jugak, kmas p beli kasut sekolah addin sbb minggu lepas balik kampung tak sempat basuh kasut so p beli la kasut skolah baru satu...yg lain teringin jugak nk tgk tapi dalam kekalutan nk balik penang...rugi..rugi..