Monday, April 15, 2013

Sesekali Berdating

Sesekali saya akan mengambil cuti dan keluar bersama Huzein. Datinglah kiranya. Huzein tak jadi masalah sebab dia boleh cuti sesuka hati, maklumlah tidak terikat dengan komitmen kerja.

Dating kali ini kami menonton cerita GI-Joe. Bosan sungguh! Pendek kata tak best lansung ceritanya. Boleh tertidur saya. 2 kali saya keluar ke tandas sebab bosan sangat.


Habis saya tengok wayang terus pergi makan. Kali ini kami makan di Nando's. Bila keluar berdua baru ada peluang untuk kami makan Nando's sebab anak-anak tak berapa suka makan Nando's. 


Sesekali keluar berdua memang seronok. Tapi jam 5.00 petang terus bergegas pulang untuk jemput anak balik. Jadilah separuh hari menghabiskan masa bersama-sama.

2 comments:

Nafisa81 said...

rasa cam pelik je kadang2 bila keluar berdua-duaan

Aishah Megahasz said...

Nafisa: Tak peliklah...dating dengan suami seronokla. Banyak benda boleh buat, yang biasanya jarang dapat buat bila dengan anak-anak.