Thursday, April 18, 2013

Wehooo, Hadiah Dari Eight Designs Boutique

Seronok sangat bila Eight Designs Boutique (EDZ) umumkan pemenang untuk peraduan share & like di Facebook. Saya salah seorang darinya! Dapat voucher RM100.00. Boleh shopping baju baru. Saya suka hadiah dan saya suka shopping! 


Setakat ini baru 3 baju saya beli dari EDZ. Walaupun baju-bajunya agak mahal tetapi jahitan kemas dan berkualiti. Design pun cantik.

Ini baju pertama yang saya beli dengan EDZ, dress labuh.


Baju kedua adalah blouse Asma warna mustard. Blouse ni sangat cantik kalau pakai dengan skirt atau palazzo.


Pembelian ketiga adalah blouse Asma juga. Masa saya beli ni saya guna voucher yang juga saya menang sebelum ini dari EDZ. Cuma kena tambah sedikit duit. Harapnya lepas ini EDZ dapat keluarkan blouse Asma yang plain pula.


Pembelian seterusnya apa pula ya? Baru nak pilih-pilih. Yang pastinya best sebab dapat jimat RM100.00.

5 comments:

Mama Zharfan said...

i suka blouse2 yg design floral kecik2 ni..sweet!!!

Nafisa81 said...

pakai blouse nampak macam makcik sangat,..selalu pakai t shirt je :)

Aishah Megahasz said...

Suzie: Jom beli satu, design cantik dan labuh juga.

Nafisa: Ala..akak pun kategori makcik gak ni, dah tua. T-shirt lengan panjang dan labuh susah nak cari.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

terapi sungguh dapat shoping free nie hehe

Aju Mohit said...

tahniah saya pun ada blouse paling bawah tu ;)