Tuesday, May 14, 2013

Ajari Aku

Anak-anak saya yang gigih menolong ibu melipat baju. Mula-mula bersungguh, tapi lama-lama jadi main-main pula.


Haziq ajar Hadif cara yang betul lipat baju.


Nah susun satu-satu lagi.


Ini dia budak rajin lipat baju. Siapa mau ambil buat menantu?


Bagi saya walaupun anak-anak lelaki tapi mesti kena ajar juga buat kerja-kerja rumah yang basic. Sidai baju dan lipat baju harus di ajar. Basuh baju tak perlu sebab mesin yang buatkan. Masuk dapur pun kena juga supaya tahu nak masak nasi, goreng telur atau bancuh air.

Bila besar nanti, duduk rumah bujang tak adalah terkial-kial nak buat kerja rumah. Pandai uruskan diri sendiri. Kalau sudah kahwin nanti boleh tolong isteri apa yang patut. Tak kiralah isteri mereka nanti bekerja atau tidak, kena tolong juga. Boleh tak anak-anak ibu?

2 comments:

Mama Zharfan said...

my zharfan so far tugas hanya angkat baju di jemuran ;)

Hayati Azwin said...

abg huzein rajin x lipat kain? setau dia suka sorok kain hahhahaaa