Tuesday, May 7, 2013

Berkongsi Kemenangan

Rasa macam lama tak share hadiah kemenangan yang saya dapat. Sibuk, nak update blog pun asyik tertangguh. 

Jadi, merujuk kepada perkara di atas, inilah dia hadiahnya :D

Minyak wangi untuk pasangan daripada Facebook Sence. Lupa pulak nak try bau best ke tidak.



Ini pun minyak wangi juga. Minyak wangi Enchanteur menang dari Facebook majalah Jelita.



Ini kemenangan sipi-sipi. 20 orang yang terpantas komen akan dapat Lactacyd Traveling Set. Rasa macam dah cepat komen dah. Ada yang lagi cepat rupanya. Nasib baik jadi orang yang ke 20.



Inilah hadiahnya bila sampai ke tangan saya.


Hadiah dari majalah Eh! Produk Skinz UV White bernilai RM160.00. Set lengkap ni, ada semuanya dari pencuci muka, krim, toner dan lain-lain lagi.



Ini pun hadiah dari majalah Eh!. Dr Sebagh Hydrating Mask. Seketul tu pun harganya RM409.00. Kalau sendiri beli rasanya tidaklah. Mahal sangat.



Untuk peraduan Vitagen di Facebook saya dapat voucher Giant bernilai RM100.00. Boleh beli barang keperluan rumah dengan RM100.00. Jimat belanja! Modal untuk peraduan ini hanya RM4.50 sahaja.



T-shirt dari Facebook Chop Ink. Saya minta saiz XXL sebab nak beri pada Huzein.


Lipstik sebatang dari Facebook Revlon. Hadiah saguhati saja, dapatlah sebatang ni. Tapi warna tidak cocok lansung dengan saya.


Keronsang ini hadiah dari blog Yumie untuk peraduan anjuran Yumie di blognya. 


Itu saja, sekian :D

2 comments:

Nad MamaZN said...

Bestnye dpt adiah byk2 camni :)

Mama Zharfan said...

congrats :) :)