Tuesday, May 14, 2013

Hari Ibu Saya Tahun Ini

Seperti tahun-tahun lepas, biasanya saya akan dapat hadiah dari anak-anak. Hadiah yang mereka buat di sekolah. Oh, biasanya anak-anak yang berada di tadika saja yang beria buat hadiah untuk ibu. Anak yang sudah masuk sekolah rendah tak buat pun.

Jadi, tahun ini saya hanya dapat hadiah dari Hadif. Hadif buat bunga di tadika untuk saya. 


Kami semua celebrate Hari Ibu sehari lebih awal. Hari Sabtu kami semua pergi ke Gurney Plaza. Naik feri. Anak-anak seronok dapat naik feri sebab bukan selalu dapat naik.




Kami ke Gurney Plaza sebab saya sudah register nama untuk program Hari Ibu bersama dengan Bobbi Brown.


15 orang pertama yang mendaftar akan di solek secara percuma dan dapat hadiah lagi! Saya siap tanya, dapat hadiah atau tidak. Kalau tidak saya tak mahu pergi.

Tengok wajah yang selesai disolek. Comel tak? Bagus juga sebab dapat belajar lagi teknik solekan. Jurusolek Bobbi Brown pun baik dan peramah, Cristin namanya. Tak ambil gambar semasa disolek. Anak-anak saya sibuk sama di meja solek. Jadi Huzein bawa mereka semua pergi makan.


Makanan juga disediakan. Ada cupcake, cookies dan air epal. Saya siap tapau cookies untuk anak-anak lagi.


Selesai semuanya kami ke MPH. Huzein nak habiskan voucher buku yang dia dapat. Bertapalah kami di situ. Ini gambar Hadif sedang memujuk supaya belikan buku Iron Man. Saya beli buku Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar karya Prof. Muhd Kamil Ibrahim sebagai hadiah untuk diri sendiri.


Kebetulan CashVille Kids ada program di MPH. Anak-anak saya pun join juga nak tengok apa yang best.




Tapi tak tunggu sampai habis program pun. Ada tayangan siri CashVille dan sesi soal jawab. Kalau dapat jawab, dapatlah hadiah. Organizer baik hati, walaupun Haziq, Hadif & Hana tak tunggu sampai habis program, dia beri seorang satu badge button untuk mereka.

Kami pergi ke Teluk Tempoyak untuk makan besar. Kami Restoran D'Seafood Paradise. Pertama kali kami ke sini.


Restoran terletak betul-betul di tepi laut.



Keadaan di dalam restoran.



Yeay, makanan dah sampai. Tengok, meriah betulkan!



Ada udang masak butter.


Sup sayur.


Telur dadar goreng. Ini order khas untuk Haziq dan Hadif.


Kerang bakar khas untuk Hana Alesya.


Paling istimewa, tentulah ikan bakar. Air asam pencicah ikan bakar pun sedap.


Jus oren.


Wah memang makan besar ni. Jumlah semua RM111.00. Huzein cakap lagi puashati makan di sini daripada makan di kedai makanan segera.

Sebelum balik Hana sibuk nak bergambar sambil buat 'peace'. Siap pakai badge button yang dia dapat dari CashVille.



Dari restoran juga dapat nampak Jambatan Pulau Pinang yang ke-2.



Ada juga resort di sini tetapi rupanya macam hidup segan mati tak mahu saja.


Rasanya kami akan ke restoran ini lagi sebab makanan dia sedap-sedap!

No comments: