Thursday, May 9, 2013

Hari Susu Sedunia di Jusco Perda

Sebelum ini saya ada postkan berkenaan sambutan Hari Susu Sedunia anjuran Dutch Lady. Pada 1 hingga 5 Mei telah diadakan di Jusco Perda. Memandangkan Huzein tiada, jadi saya pergi ke sana pada 1 Mei bersama Haziq dan Hadif sahaja. Kesian Hana Alesya kena tinggal. Kalau saya bawa mereka bertiga susah pula nak control. Takut ada yang hilang pula nanti.


Mula-mula kena register nama dulu di kaunter pendaftaran.


Selepas register, tangan akan dicop seperti di bawah. Lepas tu boleh main semua permainan yang ada di situ.


Boleh juga merasa susu Dutch Lady secara percuma.


Mula-mula Haziq dan Hadif cuba bermain di Kafe Dutch Lady.


Permainannya mudah sahaja. Kena buat puzzle. Gambar contoh juga ada diberi.




Bila puzzle siap, hadiah akan diberi. Hadiah merupakan key-chain berbentuk lembu yang sangat comel.


Kemudian mereka cuba memerah susu lembu pula. Terlebih excited Haziq dan Hadif nak perah susu lembu.







Selesai perah susu lembu, mereka diberi key-chain lembu yang sama.

Ini interaktif game. Susah sikit game ni.





Last sekali, game yang paling senang. Cari bola berwarna hijau dan masukkan dalam mulut lembu.



Lepas habis main semua game, Haziq dan Hadif sibuk nak cop tangan mereka sama di wall Dutch Lady.



Hadif pilih warna oren.


Haziq pilih warna biru.


Ya, mari kita cop!



Last sekali, saya ambil gambar Haziq dan Hadif sebagai kenangan.



Oh, lawatan kami ke roadshow ini bukan setakat hari itu sahaja. Kami ke sini sekali lagi pada 5 Mei. Kali ini saya pergi sekeluarga. Dapatlah Hana Alesya merasa main game di sini.


Tengok tu siap buat 'peace' lagi. Happy dapat main game. Game pertama yang mereka tuju adalah perah susu lembu. Apa yang best sangat pun tak tahulah.







Lepas tu main puzzle.


Lepas tu game ni pula.



Last sekali cop tangan di wall Dutch Lady.



Kali ini Hadif pilih warna hijau.



Pink pilihan Hana Alesya.


Inilah hasil tuaian di roadshow Hari Susu Sedunia Dutch Lady. Comel betul!


Destinasi seterusnya untuk roadshow ini adalah di Sabah pada 24 hingga 26 Mei 2013.


4 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

banyaknya anak lembu...kiut2 nya

Mama Zharfan said...

semua keychain sgt cute!!!

butique4u said...

best nyer....pelbagai aktiviti plak tu...lagi2 dpt susu percuma :)

radziah AR said...

assalam....salam kenal...
kebetulan saya ke tomei jumaat lepas, singgah jugak di sini. anak2 suka sangat buat aktiviti ni...lagi gembira bila dpt keychain lembu comel tu...siap gantung di beg sekolah masing2...