Wednesday, May 8, 2013

Kenangan PRU 13

Saya sungguh berkobar-kobar untuk mengundi pada kali ini. Ini bukan kali pertama tau saya mengundi. Saya pun dah tak ingat kali ke berapa. Dari sebelum berkahwin lagi saya sudah menunaikan tanggungjawab untuk mengundi. 

Kami pulang ke Ipoh sebab Huzein mengundi di sana. Kemudian baru pulang ke rumah mak saya di Permatang Pauh untuk giliran saya mengundi pula. Rasa macam nak Hari Raya pun ada. 


Kereta yang datang dari arah bertentangan memang banyak. Dan seperti biasa kereta dari Selatan menuju ke Utara memang jem.


Lepas Huzein mengundi di Ipoh, kami bergegas pulang ke Pulau Pinang. Ini kertas yang saya dapat lepas check nama. Barisan saya tersangatlah panjang walaupun masa tu susah masuk tengahari. Nasib baik prosesnya tidak lama, jadi tak adalah terseksa sangat menunggu.


Yeay, saya sudah! Muka penuh berminyak sebab tengahari panas.



Petang itu saya gigih pula ke The Body Shop untuk beli shower gel berharga RM1.00. Syaratnya kena tunjuk jari yang bertanda dakwat saja. Yang tak mengundi rugilah tak dapat beli.


Saya dapat rembat 3 botol. Itupun dua kali pergi ke kedai yang sama.


Mahal gak shower gel ni. Botol kecil macam ni pun RM8.90. Nasib baik bayar RM1.00 saja.


Balik ke rumah malam itu saya dan Huzein tidur lewat menunggu keputusan pilihanraya. Letih tapi seronok!

1 comment:

Mama Zharfan said...

waa besh dpt beli dgn harga Rm1 tu ;)