Friday, June 7, 2013

Bercuti Sekolah Di Perlis

Cuti sekolah kali ini kami sekeluarga tidak merancang ke mana-mana walaupun voucher hotel masih ada yang tidak digunakan. Huzein sekarang tengah sibuk dengan PhDnya. Hari minggu pun dia ke Perlis. Jadi, kami semua mengikutlah dia ke sana. 

Semua lepak dalam lab Huzein. Anak-anak layan main game. Saya layan baca buku.



Bila boring saya ambil gambar anak-anak. Yang sibuk nak posing siapa lagi? Anak dara saya yang seorang ni.


Entah stiker mana dia ambil, dia lekatkan di dahi dan bergaya ala-ala heroin hindustan.


Malamnya Huzein belanja kami makan di Renaz Steamboat. Memang special makan di sini. Ala-ala makan di Seoul Garden. Tapi harganya lebih murah. Kalau tak silap saya harganya cuma RM9.90 dan yang berumur 6 tahun ke atas saja dikenakan bayaran. Bayar RM9.90, boleh makan sebanyak mana yang anda mahu. Bestkan?




Anak-anak makan penuh berselera.




Ibunya apatah lagi. Sudah jemu kurus nampak gayanya, ehem...ehem.


Esoknya kami lepak lagi di lab. Tapi bukan lepak saja-saja. Saya dan Haziq tolong Huzein ukur dan timbang buah mangga. Dah macam kerja dekat ladang mangga pula.




Tolong ikhlas ni tau. Harapnya Huzein dapat habiskan PhD dia dengan jayanya. Jangan lupa masukkan gambar saya tengah timbang buah mangga dalam tesis anda. Sekian.

No comments: