Friday, June 7, 2013

Berjimba di Mid Valley

Hari terakhir kami di KL baru dapat berjalan-jalan. Kami ke Mid Valley. Lunch di Tony Romas. Ini muka-muka kenyang makan. Comel betul Hadif! Bukan senang nak suruh dia bergambar sebab dia memang tak suka bergambar. Haziq dan Hana ok je. 



Di Tony Romas, anak-anak saya bukan sahaja dapat gula-gula tetapi belon sorang satu. Bukan main lagi kamu semua pau staf di Tony Romas ye.



Kebetulan Sharp ada buat event berkaitan dengan Superman. Ramai juga orang.


Tayangan promo filem terbaru Superman.


Haziq bergaya ala-ala Superman.


Hana Alesya sibuk nak meniru juga.


Memandangkan perut dah kenyang, kaki pun dah tak larat berjalan marilah kita bergerak. Destinasi seterusnya adalah Pusat Sains Negara. Memang kami sudah rancang untuk ke sana sebab Haziq minat sangat dengan sains. Jom kita.

2 comments:

Mek Onie said...

hadifffffffffffffffff,pandainya dia posinggg :D

Aishah Megahasz said...

Mek Onie: Itulah tak suka bergambar, sekali posing..... :D