Friday, June 7, 2013

Berkampung di Universiti Malaya

Habis kerja-kerja di lab di Perlis, Huzein perlu ke KL punya untuk kerja yang lain pula. Hampir seminggu juga kami sekeluarga berkampung di Universiti Malaya. Memandangkan tempat yang Huzein perlu pergi dekat sangat dengan Universiti Malaya, jadi kami menginap di Rumah Universiti. 



Inilah hiburan untuk kami hari-hari. Dari dalam bilik, tengok gelagat monyet.



Huzein sibuk dengan kerja, jadi tak dapat bawa kami berjalan-jalan. Cuma malam saja dia bawa kami keluar ke Ikea ataupun makan-makan. Jadi, saya bawa anak-anak berjalan sekitar Universiti Malaya. Memandangkan kami berjalan kaki, tak jauh sangatlah kami pergi.

Anak-anak bergambar di depan logo Universiti Malaya buat kenangan.




Aktiviti lain adalah memberi makan ikan di Dewan Tunku Canselor. Roti yang sudah expired saya bawa bersama. Ikan makan berebut-rebut.





Lepas itu kami ke Kompleks Perdana Siswa. Ada pameran berkaitan dengan arnab.



Besar betul arnab yang cik abang ni pegang. Manja pula tu.


Hana Alesya beri arnab makan rumput kering.



Semasa kami pergi, ada pertandingan arnab mengikut jenisnya. Tak sangka ramai juga peminat arnab, ingatkan kucing saja ada pertandingan seperti ini.


Hari terakhir di Universiti Malaya kami sekali lagi bergambar di logo Universiti Malaya. Buat kenangan. Saya kata dekat Haziq mana tahu 10 tahun lagi Haziq akan belajar di sini.


Hana Alesya percubaan untuk membuat duck face. Entah siapa yang mengajar dia.



Tengok tu, lagi sekali dia cuba buat duck face.





Jadi kenangan kami berkampung di sini sampai makcik cafe dan cleaner pun baik dengan kami. Kalau ke KL lagi mungkin kami akan menginap di sini. Harga semalam cuma RM100 dan kawasannya dekat dengan Ikea, tempat kegemaran saya dan Huzein.

No comments: