Tuesday, June 11, 2013

Learning Trip: Pusat Sains Negara

Bersungguh 4 beranak ni berjalan. Laju-laju nak ke Pusat Sains Negara. 



Inilah Pusat Sains Negara. Pertama kali saya jejakkan kaki ke sini. Di luar tengok macam tak ramai orang. Rupa-rupanya di dalam boleh tahan ramainya. Maklumlah cuti sekolah.






Sebelum masuk, Huzein ke kaunter pertanyaan dulu.


Sudah confirm semuanya baru beli tiket masuk.


Ini harga tiket masuk ke Pusat Sains Negara. Pakej ini termasuk untuk Pameran Bertema Sports & Spinach sehingga 31 Ogos 2013.


Pintu masuk ke dalam Pusat Sains Negara. Lebih kurang macam Aquaria KLCC.





Memang menarik semua aktiviti di sini. Bermain sambil belajar.



Lalukan tangan di sini, akan ada muzik beralun.





Cermin ajaib kesukaan saya. Kami masuk ke dalam kotak yang dikelilingi cermin. Nampak bilangan kami jadi begitu ramai.




Buah nenas dan epal.


Bila dikacukkan jadi begini buahnya.


Permainan interaktif. Haziq dan Hadif memang sukalah main.


Hana konon-konon pandai baca. Padahal dia main sebut saja sesuka hati dia.



Hana Alesya paksa Huzein tarik dia ke atas dengan tali.



Saya layan diri sendiri ambil gambar. Nasib baik masih lagi nampak kurus walaupun sudah malas berdiet.


Hentam pakai selipar saja. Kaki sudah lenguh berjalan di Mid Valley, jadi saya rasa selipar adalah pilihan terbaik.


Oh, tiba-tiba saya nampak gemuk! Ini ambil gambar di cermin yang bisa menggemukkan orang.


Kami naik ke tingkat dua di mana ada Festival Sports & Spinach.


Menariknya di sini ada banyak permainan rakyat yang boleh dicuba seperti congkak, gasing, sepaktakraw dan lain lagi.


Hana Alesya konon-konon pandai main congkak. Padahal dia susun-susun saja guli tu.



Huzein, Haziq dan Hadif main gasing. Budak-budak sekarang mana ada main gasing, main game je tahu.


Hadif cuba menjawab soalan dari staf Pusat Sains Negara. Entah apa yang ditanya. 



Sampai tergaru kepala Hadif.


Wah, bukan main lagi Hana Alesya. Percubaan merampingkan pinggang.



Ini percubaan buat magic macam dekat TV tu.


Nampak real tak?




Anak-anak saya memang enjoy habis dekat sini.





Kebetulan pada hari yang sama diadakan Pertandingan Gusti Lengan. Ramai juga yang menonton. 




Turun ke tingkat bawah, anak-anak terus lari ke tempat mainan ini dan hilang di dalamnya. Terpaksalah tunggu mereka main sekejap.



Bila dah tak larat sangat, saya ajak mereka semua balik. Di luar ada pengambaran rancangan kanak-kanak bersama dengan salah seorang finalis Master Chef musim pertama. Saya sudah lupa nama dia.




Dalam berjalan ke kereta, anak-anak saya ada hati nak singgah di taman mainan nun jauh di sana. Oh, sudahlah anak-anakku, kaki Ibu sudah letih!


Sambil jalan ke tempat parking kereta dapat tengok replika dinasour.


Itulah cerita saya, Huzein dan anak-anak di Pusat Sains Negara. Memang menarik di sana, anak-anak dapat bermain sambil belajar.

No comments: