Wednesday, June 19, 2013

Sukan Tadika Hadif

Hari Sabtu lepas kami sekeluarga gigih-gigih bangun awal sebab hari tu Hadif ada sukan. Sukan diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana. Hadif memang bersemangat hari tu, siap bangun awal lagi. 

Tahun ini Hadif dalam pasukan oren. Tahun lepas hijau. Maskot untuk pasukan oren adalah harimau. 



Hadif dalam acara perarakan.



Ini maskot pasukan merah, Spiderman.


Habis perarakan, semua murid berkumpul untuk bacaan doa dan nyanyian lagu kebangsaan. Kemudian ada sedikit senaman.





Haziq dan Hana Alesya pun happy datang sukan tadika Hadif. Hana siap pakai topi takut panas nanti.


Gambar ibu dan abah yang diambil oleh Haziq. Abah nampak sangat letih, sibuk dengan kerja, mata pun separuh terbuka.


Ini acara untuk murid-murid 3 tahun, kutip bola.


Kebetulan ada orang naik payung terjun lalu di situ. Jadi tumpuan sekejap dia.



Dah tak larat berdiri, terus lepak atas padang.


Hadif bersedia untuk acara pertama yang dia masuk, susun tin.




Habis acara, tolong cikgu kutip tin untuk dikumpulkan satu tempat. Bagus anak ibu.


Haziq dan Hana lama-lama jadi boring menunggu.


Nasib baik saya bawa belon. Saya suruh dia pergi main dengan Haziq.




Hadif bersedia untuk acara keduanya, lari lompat pagar.


Tengok, bagaimana bersemangatnya anak ibu ni. Lari bersungguh-sungguh!




Markah keseluruhan untuk acara sukan, pasukan merah dan oren seri. Jadi diadakan acara lumba lari untuk menentukan tempat pertama. Pasukan merah menang, jadi pasukan Hadif iaitu oren jatuh tempat kedua.


Hadif bersama hadiah yang dimenanginya. Seronok betul dia!



Lepas Hadif ambil hadiah, terus saja kami pulang. Tak tahan panas, maklumlah matahari sudah naik.