Thursday, July 11, 2013

Hari Pertama Berpuasa

Kelmarin merupakan hari pertama semua umat Islam berpuasa. Saya bersemangat bangun jam 4.00pagi untuk menyediakan sahur. Tahun ini merupakan tahun pertama Hadif cuba berpuasa. Jadi Haziq dan Hadif semangat bangun bersahur. 

Petangnya saya tanya Huzein dia nak makan apa untuk berbuka. Saya tahu dia melawak saja bila dia cakap nak makan ayam percik sebab saya tak penah masak ayam percik dan tak tahu masak ayam percik. Sebagai menyahut cabaran, saya kata yang saya akan masak ayam percik untuk berbuka.

Dengan gigihnya saya google resepi dan balik saja kerja singgah di kedai untuk beli bahan masakan. Walaupun baru pertama kali masak, saya yakinkan diri yang ayam percik saya bakal menjadi dan sedap. Semangat tu!

Tengok, ayam percik in the making.


Pastu panggang dalam pemanggang ajaib. Memudahkan kerja di dapar.


Wow, habis licin ayam percik. Saya cuma masak ayam percik saja sebab lauk banyak diberi oleh mak saya. Huzien ke Pasar Ramadan, tapi saya pesan kalau nak beli, beli 1 jenis makanan saja di Pasar Ramadan. Saya tak mahu membazir sebab kalau tak habis makan, mesti kena buang. Nanti jadi macam ni.....



Sebagai galakkan berpuasa, saya print Kalendar Bulan Puasa  dari Dutch Lady ini untuk Haziq dan Hadif.


Haziq dah biasa berpuasa dan ini merupakan tahun ketiga dia berpuasa penuh. Hadif baru pertama kali. Sambil tunggu waktu berbuka, sambil menangis kata tak larat tapi nak puasa juga. Aduhai, sungguh drama! Semalam dia tak ikut Huzein dan Haziq ke masjid untuk sembahyang terawih sebab tak larat. Saya kata pada dia kalau tak larat, esok puasa separuh hari sahaja.

Mudah-mudahan puasa kali ini lebih memberi keberkatan kepada saya sekeluarga. Insyallah.

1 comment:

Mama Zharfan said...

wahhh nak kena beli pemanggang ajaib gak ni nampaknya ;)