Friday, August 2, 2013

Jualan Gudang

Bagi yang suka membeli-belah dengan harga yang murah boleh pergi jualan gudang. Mulai hari 2 Ogos 2013 hingga hari Ahad, 5 Ogos 2013 ada 2 jualan gudang berlansung di sekitar utara.

Satu jualan gudang pinggan mangkuk di Kilang Miyao-Toki, Kulim. Saya dah pernah ke jualan gudang di kilang ni. Memang best. Harga memang murah dan ada yang dijual beli 1, percuma 1. Pinggan mangkuk yang dihasilkan di kilang ini khas untuk dieksport ke luar negara jadi saiznya besar-besar macam untuk kegunaan hotel. Lagi menarik ada pinggang mangkuk jenama Kate Spate. Ingat  handbag saja ada jenama Kate Spade.


Lagi satu jualan kasut jenama Clarks di Evergreen Laurel Hotel, Penang. Memang teruja saya!


Kalau dapat pergi kedua-dua jualan gudang ni memang seronok sangat. Tengoklah kalau masa mengizinkan saya akan pergi.

3 comments:

Mama Zharfan said...

dh berkurun tak pegi jualan gudang--me tak suka tempat yg crowded :p last sekali pegi jualan gudang masa my zharfan kecik2..pegi jualan gudang hytex kat kepong...now zharfan dh 8 thn kiranya dh 7 thn kot me tak gi warehouse sale ni..tapi time sale kat aeon me suka jer pegi ;)

AyuArjuna BiGoshh said...

me pun dah lama tak pg jualan gudang

Aishah Megahasz said...

Clarks tak pergi. Cuma pergi tempat pinggang mangguk. Tak ramai orang, tapi beli pun tak banyak sebab design lebih kurang yang sale sebelum ni.