Wednesday, August 28, 2013

Raya Di Penang

Cerita Raya yang hampir basi. Ini akibat kad di dalam kamera mengalami sedikit masalah.

Raya tahun ini saya dan keluarga beraya di Penang, di rumah mak saya. Kalau saya Raya di rumah mertua dulu rasa kesian pula dengan mak memandangkan kedua-dua adik saya terpaksa bertugas semasa Hari Raya (maklumlah kerja pakai uniform macah tulah). Hari Raya ketiga dan keempat baru adik-adik saya balik.

Jom tengok gambar Raya saya pada tahun ini. Tema tahun ini adalah purple. Biasanya gambar tak begitu sempurna. Asalkan semua ada di dalam gambar, sudah cukup bagi saya. 



Ajak mak bergambar sekali. Ikutkan baju mak sama macam saya dan Hana Alesya. Tapi mak malas nak pakai. Lepas balik dari sembahyang Raya terus dia tukar pakai baju Kedah dan kain batik. Senang nak buat kerja di dapur katanya.


Sedondon saya dan Hana Alesya. Kebetulan terjumpa tudung yang sama dengan dia. Dapatlah pakai serupa.


Hero-hero saya. Tahun ini lengkap bersampin. Tahun-tahun yang lepas malas nak beli sampin. Tahun ni, terjumpa masa beli baju melayu terus rembat. Murah dan cantik! Pilih warna hitam senang nak match dengan baju melayu warna apa pun. Tahun depan boleh pakai lagi.


Hana Alesya tayang beg Raya. Sekejap saja tudung terletak elok atas kepala. Selebihnya senget-benget.


Tahun ini mak saya buat mee kuah. Sedap sehingga menjilat jari. Habis satu periuk besar. Maklumlah rumah mak saya memang jadi tumpuan semua bapa dan mak saudara saya datang selepas kematian Tok dan Tok Wan.


Ok, itu saja cerita Raya pertama saya. 

1 comment:

ummie_mirahaziq said...

eh same ler tema raya kiter purple...