Tuesday, September 24, 2013

Duit Raya Dari Safi

Raya dah lama habis tapi duit raya dari Safi baru saja sampai ke tangan saya. Saya menang duit raya RM300.00 dalam Peraduan Sempurnakan Aidilfitri Bersama Safi. Lawaknya masa dihubungi oleh pihak penganjur, telinga saya ni dengar 'Peraduan Sarsi'. Dalam hati saya kata, "Eh, bila pulak aku masuk contest Sarsi ni?"

Lepas tu pengajur tanya satu soalan berkaitan peraduan. Soalannya "Namakan penganjur peraduan ini?" Saya teragak-agak jawab, "Safi...er...er.....: Terus dia cakap, "Takpe, biar I jawab bagi you. Jawapan dia Safi Balqis".

Entah apa-apa saya ni. Nasib baik dia tak tarikh balik kemenangan. Kalau tidak...nangis tak berlagu.

Di bawah adalah senarai pemenang untuk Peraduan Sempurnakan Aidilfitri Bersama Safi untuk bulan Julai. Saya yang nombor 4 tu. Dikenalpasti berdasarkan nombor kad pengenalan. Tapi nama yang tercatat amat memusykilkan. 


Ini dia ceknya. Baru pergi bank-in semalam.


Baru menang RM300.00 saya dah sengih sampai ke telinga. Bayangkan seorang sahabat, menang RM150 ribu. Pergh..... kalau saya tak tidur tiga hari tiga malam kot.

3 comments:

Ummi Iman said...

Murah sungguh rezeki... bestnya..

Mama Zharfan said...

congrats!! dia pos ker cek tu? sbb masa dia call my proxy (alamat selangor), rasanya PIC kata kena pegi collect cek... *sigh

Aishah Megahasz said...

Ummi Iman: :D

Suzie: Dia poskan cek tu. Maybe sebab proxy tinggal dekat kot sebab tu dia suruh pergi ambil sendiri.