Thursday, September 19, 2013

Dutch Lady Redemption

Hadiah utama untuk Peraduan Tebus & Menang Dutch Lady adalah RM10,000.00. Tapi memang tak mengharaplah menang sebab barkod yang ada sedikit sahaja. 


Jadi barkod yang ada cuma dihantar untuk redeem tuala dan payung. Itupun dapat tebus sikit sahaja. Oklah, janji dapat sebab eksklusif, tiada dijual di mana-mana. Saya dapat redeem 2 tuala dan 1 payung. 


Tuala memang comel. Warna birunya memang terserlah.


Ini payung.


Close up sikit.


Redemption voucher KFC/Pizzahut RM30.00 ini saya buat melalui laman web Dutch Lady Smart Moments. Kumpul barkod susu membesar Dutch Lady dan boleh ditukarkan dengan point. Jumlah point yang ada boleh tukar dengan macam-macam barang ataupun voucher. Point saya ada sedikit sahaja. Maklumlah anak sudah besar dan kurang minum susu jadi tak dapat lagi nak kumpul barkod banyak-banyak.


Weekend ni boleh terjah KFC/Pizzahut. Belanja anak-anak makan. Er...memang tak cukup dan kena tambah duit sebab keluarga saya besar. Tapi sekurang-kurangnya saya cuma bayar separuh dari harga yang dikenakan. Jimat bukan!

3 comments:

Nafisa81 said...

alamak ruginya tak tebus..barcode dah melambak ni...sibuk ada baby ni sampai nak isik borang pun tak sempat..haha

Celvanica Jabilin said...

bagaimana nak redeem barcode tu... kalau dah kita beli nak masukkan dalam akaun kita tu bagaimana eh?

Aishah Megahasz said...

Redeem yang ni kena tunggu bila ada contest. Kebetulan sekarang ada contest, boleh tukar barkod dengan tuala kecil, botol air atau beg galas. Buka website www.dutchlady.com.my