Tuesday, September 24, 2013

Kenapa Saya Gemok?

Lately kalau tengok gambar saya di dalam blog mesti nampak gemuk. Er...ke memang selalu tengok pun nampak gemuk?

Sekarang kalau orang tegur saya gemuk saya dah tak kisah. Sebab gemuk ada isi. Kalau tak ada isi memang sentaplah juga. Terus rasa tak nak makan nasi 5 hari supaya nampak kurus.

Alhamdulillah, sekarang usia kandungan telah mencecah 5 bulan. Apa ni weh, sudah 5 bulan mengandung baru nak buat pengumuman? Jangan marah ye, saya pun tak berapa perasan mengandung. Tengok-tengok sudah mencecah hampir 3 bulan. Bila rasa semacam terus pergi beli UPT. Buat sendiri, di pejabat lagi tu. 


Kandungan masuk 4 bulan baru terhegeh nak pergi buat buku merah. Asyik tertangguh-tangguh.

Mengandung yang seronoknya dapat makan tanpa rasa bersalah. Apa, nak coklat Daim? Cari punya cari dah jumpa....alamak mahal! Takpe....dah teringin nak makan beli sajalah, kata Huzein. Seronokkan?


Huzein ke KL baru-baru ini sebab ada conference. Teringat nak pesan karipap Ikea tapi takut dia tak singgah Ikea. Tiba-tiba dapat sms dari dia tanya nak tak karipap Ikea? Wah..... laju-laju kata nak. Jadi dapatlah saya merasa. Alhamdulillah, sayang abang. Pandai je baca fikiran kita.


Persediaan mengandung kali ini belum buat apa-apa lagi. Cuma baru buat buku merah saja dan pergi check-up. Bila diingatkan banyak betul benda nak kena buat. Nak punggah baju baby yang lama, tengok mana yang boleh pakai, mana yang sudah tak elok. Nak hantar pam untuk diservis dan sediakan kelengkapan untuk menyimpan susu. Banyak benda nak kena buat. Rasanya nak kena list down satu persatu.

Ok, malas nak fikir banyak. Nak pergi makan coklat Daim. Bye!

9 comments:

Hayati Azwin said...

Ecehh dh tau gal or boy?

Hayati Azwin said...
This comment has been removed by the author.
asmieyra said...

tahniah sis.. tumpang gembira. hana alysya pon dah beso. leh jadi kakak dah...

Adwawa3 said...

tahniahh...sama la kita...baby 2014 :-)

Aishah Megahasz said...

Terima kasih semua.

Dah scan tapi belum tahu boy or girl, tak nampak. Tak kisahlah..janji baby sihat.

Liyana Lunia. said...

tahniah akak ! heee kita nak jugak coklat daim walaupun takde isi nak nak nak!

Aishah Megahasz said...

Liyana: Terima kasih :D

izzahazfar said...

Tu dia....hihi tahniah kak!

ILANI said...

Tahniah kak aishah!