Tuesday, October 22, 2013

Sambutan Hari Lahir: Tiada Lagi Makan Malam Yang Indah

Sempena hari lahir saya dan Haziq bulan Oktober ini, kami sekeluarga pergi makan-makan di Puncak Mutiara Cafe. Haziq yang pilih untuk makan di sini. Biasanya kami ke sini untuk makan malam. Tapi, kali ini kami pergi time lunch. Hujan turun agak lebat pada hari itu. Seperti biasa, kami akan pilih untuk duduk makan bersila di dalam pondok. 

Kali ini, Haziq tak order Chicken Chop seperti selalu. Dia minta Lamb Chop. Tengok tu, penuh bersemangat nak makan Lamb Chop. 


Hana Alesya pun bersemangat nak makan Lamb Chop. Sudahnya Huzein yang kena habiskan sebab dia dah kenyang curi-curi makan Arnab Grill Huzein punya. Hadif pilih untuk makan Chicken Wings.


Tu dia, punyalah berselerak meja makan kami. Janji semua makanan di habiskan. Biasalah bila keluarga besar macam ni, mana ada tersusun teratur bagai.



Bila dah kenyang makan, anak-anak sibuk main air hujan di luar pondok. Nampak tu Cikgu Abah (gelaran anak-anak pada Huzein bila dia garang; bila masa abahnya jadi cikgu pun tak tahulah) tengah warning jangan main air hujan.


Kalau berdua mungkin sambutan hari lahir diraikan dengan makan malam bersaksikan cahaya lilin. Kononlahkan. Sekarang dengan anak-anak itu semua hanya dalam mimpi saja.

Mungkin saya merindui zaman makan dengan aman damai dan menikmati makanan dengan penuh perasaan. Tetapi saya lebih bahagia sekarang kerana saya ada suami dan anak-anak. Walaupun kadang-kadang sedikit huru-hara, tetapi itulah yang memeriahkan hidup saya.