Thursday, November 7, 2013

Aktiviti Kami Di The Westin Langkawi

Saya nak kongsi aktiviti yang kami buat sepanjang berada di The Westin Langkawi. 

HARI PERTAMA

Aktiviti wajib adalah mandi kolam. Anak-anak siap tukar baju mandi sendiri dan beria-ria ajak mandi kolam. Layankan saja walaupun badan masih terasa penat. Macam-macam aksi yang ada. 





Entah apa jenis posing Haziq dan Hadif ni?



Saya malas nak masuk dalam air. Tengok anak-anak mandi sudahlah. 



Huzein termakan pujukan anak-anak untuk masuk ke dalam air. Air memang sangat cetak. Huzein siap boleh meniarap lagi di dalam kolam.


Lepas puas mandi, Haziq dan Hadif berlari ke pantai. Tenaga banyak sungguh budak-budak ni. Tak pernah letih.


Malam tu kami makan malam di resort. Memandangkan sambutan Deepavali, tema hidangan pada malam itu adalah makanan India.



Ada nasi beriani, kari, roti nan dan macam-macam lagilah makanan India. Anak-anak layan makan roti. Haziq frust sebab tak ada pasta.





Ini saya waktu layan makan salad segar. Kononlahkan....padahal sebelum ni sudah hentam makan nasi beriani.


Ada aiskrim juga tapi lupa nak ambil gambar. Anak-anak lebih teruja dengan pelbagai jenis gula-gula yang dihidangkan.



Masa untuk balik ke bilik dan berehat. Hari pertama memang kami tak berjalan ke mana-mana sebab sangat letih. Baik duduk diam-diam di bilik sambil berehat. 


Dari bilik dapat tengok bunga api yang dimainkan sempena Deepavali. 




Saya tak sedar bila masa saya tertidur. Letih sangat agaknya.

HARI KEDUA

Esok paginya kami bangun awal dan bersarapan di resort. Anak-anak makan banyak daripada semalam. Mungkin makanan yang ada pagi itu lebih menepati citarasa mereka.




Yogurt yang sedap. Ada pelbagai perisa. Saya ambil perisa strawberi. Memang sedap!



Habis bersarapan kami keluar ke Tanjung Rhu untuk Mangrove Tour.

Petang tu anak-anak lagi sekali ajak ke kolam untuk mandi-manda.



Saya dipaksa jadi model oleh Huzein. Model perut besar.




Bila terasa lapar, anak-anak berlari pada saya dan ambil cekodok untuk makan. Lepas tu terjun semula ke dalam kolam. Cekodok saya beli di tepi jalan. Sangat murah! 12 biji RM1.00. Kuih, 4 biji RM1.00.





Mandi sampai hari hampir gelap. Balik ke bilik kami bersiap-siap untuk keluar makan malam di luar.

HARI KETIGA

Hari terakhir di sini, paginya saya tidak turun bersarapan. Hanya Huzein dan anak-anak saja yang turun. 

Sebelum check out dari resort, kami berjalan-jalan sekitar resort untuk ambil gambar. Untuk kenangan sebab belum tahu bila kami semua akan sampai ke sini lagi. Kami ambil gambar berlatarbelakangkan laut.





Kemudian kami berjalan ke jeti untuk ambil gambar. Boleh tahan jauh juga.



Ini gambar kegemaran saya!


Haziq sibuk nak ambil gambar dengan aksi lompat.


Saya yang berjalan sungguh lambat. Tak larat nak jalan laju-laju.


Huzein rakam aksi anak-anak.






Ini gambar kami sekeluarga yang terakhir kami ambil di The Westin Langkawi. 



Sangat seronok di sini. Harapnya ada rezeki untuk kami sampai ke sini lagi. 

1 comment:

Mama Zharfan said...

double besh sbb FOC :)