Wednesday, November 27, 2013

Tahniah Haziq Fahmi!

Awal tahun 2013, saya telah mendaftarkan Haziq untuk mengikuti Program Be EZ di AMPAC Pulau Pinang. 

Minggu lepas, 23 November 2013 adalah hari terakhir program tersebut. Diadakan acara pidato dan juga majlis perpisahan. Semua ibubapa juga dijemput hadir sama. 


Acara dimulakan dengan kata aluan oleh Encik Ahmad Baahir, Pengurus AMPAC Pulau Pinang.


Semua pelajar yang mendaftar sama batch dengan Haziq dijemput naik ke pentas. Paling kecil berumur 7 tahun dan paling besar, 12 tahun. Semua pelajar akan menunjukkan bakat berpidato pada malam tersebut. Pidatonya pun tidaklah panjang sangat.  Tujuan utama acara pidato ini diadakan adalah untuk memberi keyakinan dan keberanian kepada semua pelajar bercakap di depan orang ramai.




Giliran Haziq berpidato. Mula-mula macam malu-malu, mata asyik tengok pada mikrofon saja. Lepas beberapa saat baru dia berani angkat muka dan tengok semua yang hadir di depan.



Lepas habis berpidato, pelajar akan diberi komen bahagian mana yang perlu diperbaiki.



Habis acara pidato, semua meraikan hari lahir salah seorang jurulatih di situ.


Akhir sekali, semua pelajar diberikan sijil penyertaan dan ada acara makan-makan selepas itu.


Tahniah Haziq Fahmi! Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada Haziq. Maklumlah dia lebih pendiam dan pemalu jika dibandingkan dengan adik-adiknya.

No comments: