Thursday, November 7, 2013

Friso Incredible Journey Bermula

Saya sekeluarga ke Langkawi pada 2 hingga 4 November yang lepas. Bila sebut saja Langkawi mesti terbayangkan coklat yang murah dan pantai yang indah. Pendek kata semua yang indah-indah belakalah. 

Tapi baru saja sampai di Jeti Kuala Perlis, sesak nafas saya dibuatnya. Ramai sungguh orang! Tiket pagi semuanya sudah habis. Terpaksa ambil tiket jam 2.15petang ke Langkawi. 


Sementara menunggu giliran naik feri, kami makan buah, minum-minum dan lepak di sini sambil tengok gelagat orang. Anak-anak layan main iPad.



Bila feri datang, anak-anak sangatlah teruja. Padahal ini bukanlah kali pertama kami semua ke Langkawi. Sepanjang perjalanan saya tidur. Anak-anak Huzein yang jaga.




Kenapa kami ke Langkawi? Sebenarnya tiada dalam perancangan.  Kami sekeluarga telah  membuat perancangan untuk bercuti ke Australia pada cuti sekolah ini. Jadi semua bajet percutian tertumpu ke situ. Semua voucher hadiah kemenangan yang saya dapat sebelum ini pun telah saya jual.

Tapi memandangkan saya tiba-tiba telah menang hadiah dalam peraduan Friso jadi kami sekeluarga telah sampai ke Langkawi. Hadiah yang sangat best sebab pakej adalah untuk keluarga. Kalau untuk 2 orang maybe saya akan jual juga.

Bila sampai di Langkawi, syarikat sewa kereta datang hantar kereta di jeti. Kereta sewa pun mewah bagi saya sebab kereta yang diberi adalah kereta Nissan. Biasanya saya hanya sewa kereta Kancil di Langkawi untuk jimatkan kos. Di dalam kereta siap ada poster kecil seperti di bawah.


Wah, sangat teruja ok! Banyak lagi keterujaan yang menanti. Jom ronda Langkawi!

No comments: