Monday, November 11, 2013

Gunung Mat Cincang Langkawi

Ini kisah hari terakhir kami di Langkawi. Lepas check out dari resort kami ke tempat kereta kabel untuk naik ke Gunung Mat Cincang. Sebenarnya sehari sebelum itu kami sudah singgah ke sana, tetapi orang sangat ramai. Terus tak jadi naik dan datang esoknya.



Hari tu pun memang ramai sangat orang. Tapi anak-anak punya pasal yang teringin sangat nak naik kereta kabel, terpaksalah saya dan Huzein turutkan. 


Tengok gunung yang tinggi terus rasa seram. Teringat pengalaman dulu-dulu naik kereta kabel. 


Fuh, kereta kabel sudah sampai! Tarik nafas panjang-panjang, sambil berdoa di dalam hati. Takut sebenarnya nak naik kereta kabel ni.


Eceh...eceh.....mula-mula ambil gambar senyumlah.



Tiba-tiba mata tertutup sampai tak boleh buka. Ini gambar sebenar, bukan lakonan semata-mata. Anak-anak boleh tersenyum riang. Saya takut tak boleh nak cakap.


Lihatlah permandangan yang indah ini. Saya buka mata sekejap-sekejap saja. Tak ada maknanya nak tengok permandangan indah padahal hati berdebar-debar.





Anak-anak relaks saja. Kagum dapat tengok permandangan dari atas.



Nampak tak saya masih lagi pejam mata.





Bila dah sampai ke atas gunung rasa lega sangat. Macam dapat nyawa semula. Maka berposinglah saya bersama dengan anak-anak dan Huzein macam tiada apa-apa masalah. Nanti nak turun macamana pula ya?






Saya belanja anak-anak makan aiskrim. Satu harganya RM2.50.



Hana Alesya makan sampai comot. 





Lepas habis makan aiskrim, kami lepak di kawasan paling tinggi sambil tengok-tengok permandangan.


Hadif dan Haziq layan ambil gambar. Haziq sibuk suruh Hadif ambil gambar dia melompat. Macam-macam gaya ada.




Hana Alesya sibuk tanya khabar baby.



Inilah 3 orang buah hati saya. Tahun depan dah jadi 4 orang. Rasa macam tak cukup tangan nak handle. Tap, Insyallah, boleh! Doakan saya.



Bila tengok gambar ni nampak sangat Haziq copy paste muka saya. Serupa saja.


Bila dah boring, saya ajak semua turun semula.


Sempat lagi berposing di tangga.



Sampai di bawah, sebelum keluar kami lalu di dalam kedai cenderahati. Tapi tak beli apa pun. Tengok-tengok sahaja.




Di kawasan sekitar kereta kabel, ada pelbagai tarikan lain yang boleh dikunjungi.




Nak naik kereta kuda pun boleh.



Tapi kami tak singgah pun, cuma lalu sahaja. Terus ke kereta sebab nak pulangkan kereta dan bergegas ke jeti untuk pulang. 

Pengalaman ke Langkawi kali ini sangat seronok sebab percutian ditanggung oleh Friso. Terima kasih Friso untuk percutian dan pengalaman yang bernilai ini!

2 comments:

Mama Zharfan said...

tiada yg lebih besh melainkan cuti2 free hehehhe

Tidiey said...

takut la aishah...dulu masa pegi pon gayat masa kat atas tu...naik kabel car tu ok lg...