Wednesday, November 27, 2013

Hari Ihtifal Haziq & Hadif 2013

Kisah 2 minggu lepas. Hampir basi baru nak update dalam blog.

Hari Ihtifal/Konvo untuk Rangkaian Tadika Khalifah Intelek & Pra Tahfiz Iman diadakan sekali pada 16 November 2013 di dewan Institut Latihan Perindustrian, Kepala Batas.

Hadif belajar di Tadika Khalifah Intelek manakala Haziq di Pra Tahfiz Iman. 


Rasanya agenda utama Hari Ihtifal ini diadakan adalah untuk meraikan pelajar tadika 6 tahun yang bakal masuk darjah 1 pada tahun depan. Ibubapa sibuk berkumpul untuk ambil gambar anak masing-masing.


Hadif dan kawan-kawan di kelas 5 tahun mempersembahkan coral speaking. Hadif jadi conductor.  Sedikit blur masa mula-mula di atas pentas.


Teruja bila nampak ibu dan abah di bawah pentas. Senyum manisla sebab gambarnya di ambil.


Tengok cikgu tunggu arahan seterusnya. Tak reti nak mula dari mana.


Bila dah mula, barulah lancar semuanya.





Masa ni Haziq tengah bersiap sedia dengan kawan-kawan di Pra Tahfiz untuk persembahan nasyid.


Haziq dan kawan-kawan mempersembahkan nyanyian nasyid 'Di Pondok Kecil'. Yang duduk di depan sekali melakonkan adegan di dalam nasyid.



Penuh perasaan tu!



Selesai persembahan, pelajar-pelajar cemerlang diraikan. Ibubapa tidak dimaklumkan sekiranya anak akan mendapat hadiah. Hanya akan dapat tahu pada hari tersebut.

Tak sangka, Hadif salah seorang penerima hadiah Pelajar Berketrampilan untuk 5 tahun.


Hadif yang sungguh tidak serius terima hadiah. Siap main-main lagi di atas pentas. Yang dia tahu, dia seronok sebab dapat hadiah. Apa sajalah anak, asal rajin belajar dan usaha.






Macam-macam gaya yang dia buat bila gambarnya diambil.

Tahun depan Haziq dan Hadif perlu usaha lebih kurang lagi. Kena kurangkan main game dan lebih serius belajar. Walaupun keputusan peperiksaan di tadika dan pra tahfiz bagus, tapi masih banyak yang perlu diperbaiki.

No comments: