Friday, November 8, 2013

Mangrove Tour Langkawi

Salah satu aktiviti di dalam pakej yang saya dapat dari Friso adalah Mangrove Tour. Hasil google saya, aktiviti ini sangatlah menarik. Memang tak sabar nak bawa anak-anak naik bot. Banyak yang boleh mereka belajar nanti. 

Dari resort kami ke Tanjung Rhu dan dibawa ke jeti. Sempat lagi bergambar di jeti sebelum masuk dalam bot. 


Ini antara pakej yang ditawarkan.





Kami satu keluarga naik satu bot dan dibawa oleh seorang pemandu bot.




Sebelum bot bergerak, kami semua diminta memakai jaket keselamatan. Haziq sempat lagi bergaya. Dia memang teruja sangat naik bot ni. 


Air mineral pun diberi seorang satu. Sebelum bot bergerak saya beri anak-anak minum.


Maka, bermulalah perjalanan kami. Dapat tengok permandangan di Langkawi yang sangat cantik.



Nampak tak gunung di sana? Pemandu bot berhenti dan buat kuiz untuk anak-anak. Dia tanya, gunung yang nampak tu bentuk macam apa? Hadif laju-laju jawab nampak macam King Kong.


Memang betul jawapan Hadif tu. Gunung ini memang menjadi tumpuan pelancong luar untuk bergambar sebab bentuknya yang unik.


Perjalanan diteruskan. Di sini dulu adalah tempat membuat arang dengan menggunakan kayu bakau. Sekarang sudah ditutup.



Di sini kami singgah tengok burung helang. Ada pemandu bot lain beri burung helang makan. Kami tumpang sekaki tengok burung helang yang datang berdekatan dengan bot kami.










Lepas burung helang ambil makanan yang diberi, dia akan singgah di pokok bakau untuk makan. 


Anak-anak seronok dan teruja dapat tengok burung helang dekat-dekat. 





Perjalanan kami diteruskan ke dalam hutan bakau. Suspen betul saya. Bot pun mula berjalan perlahan. Tiba-tiba saja teringat cerita Anaconda.


Anak-anak yang tak reti takut, siap berdiri depan bot. Teruja nak tahu apa yang ada di dalam paya bakau. Haziq berlakon jadi lanun yang sedang mencari tempat harta karun.



Tiba-tiba pemandu bot beritahu dia ternampak ular kapak. Terus dia undurkan bot perlahan-lahan dan beri kami tengok dekat-dekat ular kapak. Kalau tak tengok betul-betul memang tak nampak ular ni. Ular ni memang bahaya walaupun kecil.



Perjalanan diteruskan ke dalam hutan bakau. Sungai pun semakin sempit.




Kami sampai di habitat monyet. Ada pemandu bot lain yang beri monyet makan pisang. Pemandu bot kami beritahu, di sini, selain daun kayu monyet makan ketam yang ditangkapnya sendiri.





Pemandu bot berhenti memberi penerangan berkenaan pokok bakau. Kenapa hanya pokok bakau yang hidup di kawasan ini? Dia siap petik daun bakau dan tunjukkan garam laut yang melekat di daun bakau. 



Destinasi seterusnya adalah Gua Buaya.




Memandangkan air pasang, gua dipenuhi dengan air. Kalau tidak bot memang boleh lalu di dalam gua.



Kami berhenti di sangkar ikan. Semua turun dari bot. Di sini dapat tengok pelbagai jenis ikan. 





Kami dilayan oleh seorang adik manis. Bila dia tanya, "datang dari mana?". Hadif jawab, "dari Malaysia". Alahai.... anak ibu.


Bila adik ni buang makanan ikan (ikan juga yang dipotong kecil-kecil) berebut ikan di dalam kolam makan.


Sampai memercik air ke atas.


Ikan di sini memang jinak dan manja.



Ini baby shark.



Anak-anak seronok sebab berpeluang beri ikan makan.


Ikan pari ni lagilah manja. Makan pun perlu disuap. Kalau lempar sahaja makanan ke dalam air dia tak makan.


Huzein beri ikan pari makan. Saya takut nak mencuba. Anak-anak apatah lagi.


Adik ni tengah tunjukkan bagaimana ikan buntal mengembungkan perutnya. Ikan buntal akan mengembungkan perut bila dia rasa terancam.






Comel pula bila dah mengembung. Ikan terus dilepaskan ke dalam air selepas itu. Karang lama-lama nanti mati pula.


Lepas pusing-pusing tengok ikan di sangkar, bolehlah berehat di sini. Di sini boleh menjamu selera dengan makanan laut, aiskrim ataupun buah-buahan. 




Kami beli air sahaja dan terus masuk ke dalam bot.



Hadif sibuk nak duduk di sebelah pemandu bot.


Seterusnya kami ke Gua Kelawar. Bayaran masuk cuma RM1.00 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak. 






Kami tak ada pemandu pelancong. Jadi tumpang dengar cerita dari pemandu pelancong orang lain.



Keadaan di dalam gua sangatlah gelap. Nasib baik pemandu bot beri kami lampu suluh untuk digunakan di dalam gua.





Monyet memang banyak di sini. Ramah tamah pula tu. Janganlah tunjukkan makanan, harus dia nak.



Kami bergambar di Sebatang Tiang Purba.



Monyet berada di kiri dan kanan jalan. Saya memang takut. Jalan sambil peluk Haziq kuat-kuat. 




Beria Huzein ambil gambar monyet.


Ada pemandu pelancong bercerita tentang pokok bakau. Siap panjat pokok bakau lagi. Saya takut dia tergelincir jatuh sebab dia hanya pakai selipar sahaja. 



Hana Alesya tunjukkan saya ulat ini dan nak pegang. Nasib baik saya cepat-cepat halang. Saya takut ulat ini akan menyebabkan tangan dia gatal.


Sesiapa yang berani boleh lalu di dalam gua untuk keluar dari kawasan itu. Memandangkan di dalam gua ada air, saya ajak Huzein patah balik sebab saya malas nak basahkan kasut.



Gua Kelawar adalah destinasi terakhir. Kami masuk ke dalam bot untuk balik semula ke jeti di Tanjung Rhu.



Sebelum tu, kami berhenti untuk bergambar di sini.







Bot terus jalan laju-laju. Kami lalu di Gua Cherita tapi tak singgah di sini sebab tiada di dalam pakej.



Walaupun bot berjalan laju, kami masih lagi dapat tengok permandangan laut yang cantik. Dapat tengok bot nelayan juga.






Angin yang kuat membuatkan Hadif mengantuk. Terus dia letakkan kepala di atas paha saya. 


Kemudian giliran Hana Alesya pula tumbang. Ops, saya bukan tidur ya. Saya pejamkan mata saja sebab angin kuat sangat sampai tak dapat nak buka mata.


Yeay, akhirnya kami sampai di jeti.



Satu pengalaman yang cukup menarik. Banyak perkara baru yang dapat saya tengok. Pemandu bot pun banyak pengetahuan dan banyak yang diceritakan, bukan sekadar bawa kami ronda-ronda naik bot. Kalau ke Langkawi, cubalah Mangrove Tour. Berbaloi!

2 comments:

Mama Zharfan said...

siyes sgt besh!!

Ezna said...

cantiknya permandangan kat sini. Dah try ,mangrove tour kat cherating ajer....