Wednesday, November 13, 2013

Menanti Orang Baru

Sesungguhnya saya masih belum membeli apa-apa untuk si kecil di dalam perut saya ni. Pergi klinik buat check-up pun malas. Adoi, apa nak jadi ni?

Cuma yang saya sempat buat, check baju-baju lama anak yang masih elok saya simpan. Kalau yang nampak buruk sangat dan bertanda kuning, saya buang. Baju yang elok sahaja saya ambil. Lepas tu, bermulalah proses mencuci pakaian. Boleh tahan juga banyaknya. 


Tilam dan juga selimut baby pun masih elok lagi. Nampak tak bengkung khas untuk orang dalam pantang di situ? Itu semua saya basuh sekali.


Lepas tu saya buat list baju-baju baby yang ada dan masih boleh pakai. Sikit saja yang saya kena beli sebagai tambahan.

Bila nak beli tu? Rasanya lepas persiapan persekolahan anak-anak untuk tahun depan selesai, barulah saya akan buat persiapan untuk menyambut orang baru. Lagipun saya asyik bermalas-malasan saja. Tak sabar nak pergi bercuti awal bulan depan. Dalam tak larat bawa perut tu.....

2 comments:

Mama Zharfan said...

wahh nak gi bercuti lg yer..besh tu!!!

AyuArjuna BiGoshh said...

:) srnk nk dpt org baru :)