Friday, November 8, 2013

Pantai Di Langkawi

Keluar dari Tanjung Rhu, kami singgah makan di gerai tepi jalan. Kemudian Huzein bawa kami semua ronda-ronda pusing Langkawi. Kami singgah di tempat orang main jet ski. Ini pejabat untuk daftar main jet ski.


Main jet skinya di sini.


Tengah panas pun ada yang gigih main.


Kami ambil gambar barang sekeping dua di sini sebab latarbelakangnya cantik, warna biru. Tapi tak lama kami di sini sebab panas.



Kami ke Pantai Pasir Hitam selepas itu. Ini kali pertama saya ke sini walaupun telah beberapa kali ke Langkawi.




Memang tiada apa yang menarik di sini cuma pasir pantai yang berwarna hitam ini.


Anak-anak turun ke bawah, ke bahagian pantai. Saya tengok dari jauh saja.




Pelancong pun ada beberapa kerat saja di sini.


Ada juga kedai yang menjual pakaian. Tapi saya tak berminat nak tengok maklumlah perut dah semakin membesar. Jadi, nafsu membeli baju tu sudah semakin kurang.


Keluar dari sini, kami pergi ke Restoran Nelayan untuk tempah makan malam siap-siap. Takut nanti ramai orang. Kemudian kami singgah ke Pekan Kuah untuk shopping sedikit barang rumah dan juga coklat.

Balik ke resort kami berehat dan petang itu kami habiskan masa di kolam renang, layan anak-anak mandi.

No comments: