Friday, November 8, 2013

Restoran Nelayan Langkawi

Malam kedua kami di Langkawi kami makan di Resotoran Nelayan. Restoran ini antara restoran yang popular di Langkawi. Kami pergi buat tempahan awal sebelum pergi makan pada malamnya. 



Restoran terletak bersebelahan pondok rehat nelayan. Boleh nampak bot-bot nelayan di situ.



Restoran ini juga telah membuka cawangan yang kedua. Tempatnya pun berdekatan dengan restoran asal.



Dalam jam 8.30malam kami sampai untuk menjamu selera. Orang pun dah memenuhi hampir semua meja yang ada. 



Nasib baik kami buat tempahan awal. Sampai saja di sana, sudah ada beberapa menu yang kami tempah sudah siap dimasak.


Ini ikan bakarnya. Sedap sebab fresh. Kuah cicah ikan bakar pun sedap.







Ini antara hidangan istimewa yang kami tempah, siput buluh.


Rasanya liat-liat macam sotong. Hana Alesya suka sangat makan siput ni.


Restoran Nelayan pernah dikunjungi oleh team Jalan-Jalan Cari Makan.


Harga pun sangat berpatutan. Harga yang kami bayar termasuk minuman hanya RM70 lebih sahaja. Kalau makan di Penang, mahunya RM100 lebih.

Lepas perut terisi, kami ke Pantai Cenang. Orang ramai sungguh sampai susah nak cari parking. Kami jalan-jalan. Di sini kami cuba beli t-shirt untuk Huzien dah Haziq. Untuk Hadif, dia minta belikan topeng Iron Man.


Sungguh ciwi budak itu bila dapat topeng Iron Man. Balik hotel terus pakai sambil tengok TV. Masa nak baring tidur pun dia masih pakai topeng ni sampai saya bising kata nanti rosak, baru dia buka. 



Topeng Iron Man menjadi peneman setia. Hingga ke pulang semula ke Jeti Kuala Perlis pun dia masih lagi nak pakai topeng Iron Man.


Ish...ish...ish.....

1 comment:

Mama Zharfan said...

yum yum :) murah gak tu :)