Thursday, November 7, 2013

The Westin Langkawi Resort & Spa

Lepas dapat saja kereta sewa, kami cari tempat untuk singgah makan. Bila perut kenyang, terus ke tempat penginapan. Kami semua diberi penginapan di The Westin Langkawi Resort & Spa. Tempat yang sungguh cantik!


Nombor bilik kami 4414.


Masuk dalam bilik, terus tinjau sekitar dalam bilik. 


Kami diberi 2 katil double.





Bilik best, anak-anak cukup seronok. Lawak tengok gaya Hana Alesya.


Hadif sibuk suruh ambil gambar dia di atas katil.


Huzien dan anak dara kesayangannya.


Jenguk ke luar bilik boleh nampak laut dan permandangan yang sangat indah. 


Jom ronda kawasan sekitar resort. Dari kejauhan nampak laut dan juga jeti. 



Ini kawasan sekitar pantai berdekatan.


Dekat sini boleh lepak-lepak sambil tengok matahari terbenam atau terbit.


Ini jeti berdekatan resort.




Di sini ada 3 bahagian kolam. Kolam yang ini ada bahagian untuk dewasa dan kanak-kanak. Kolam untuk kanak-kanak di sini boleh tahan juga dalamnya. Kalau anak-anak mandi memang kena tengok.


Kolam yang ini untuk dewasa sahaja sebab dalam. Paling best, sambil mandi boleh tengok permandangan ke laut.




Last sekali, kolam untuk kanak-kanak. Anak-anak saya, saya minta mandi di sini sahaja sebab tak dalam.


Kawasan istirehat berdepan dengan lobi. Dari sini boleh lepak dan tengok permandangan laut.



The Westin pada waktu matahari hampir terbenam.



Cantikkan?





Tempat yang sungguh cantik!

No comments: