Thursday, November 7, 2013

Ujian Taekwondo Hadif

Sebenarnya saya hantar Hadif Syahmi ke kelas taekwondo hanya sekadar suka-suka. Dia yang beria-ria nak masuk. Tak sangka bila hampir akhir tahun, cikgu Tadika dia berikan surat mohon kebenaran untuk Hadif menghadiri ujian taekwondo. 

Ujian diadakan di Dewan Komuniti Bertam Indah, Kepala Batas. Semua pelajar taekwondo dari pelbagai peringkat umur diberikan sedikit penerangan oleh coach dan diminta duduk mengikut kumpulan masing-masing sebelum ujian bermula.


Peperiksaan bermula dengan pelajar yang lebih tua umurnya. Peperiksaan dibuat secara berkumpulan dan berdasarkan arahan daripada coach.


Hadif lepak dengan kawan-kawan yang satu Tadika dengan dia sementara menunggu giliran.


Giliran Hadif dan kawan-kawan.


Coach akan memberi arahan apa yang perlu dibuat dan semua pelajar akan ikut sahaja.






Nampak Hadif sangat bersungguh-sungguh dan dapat tumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh coach. Habis ujian, Hadif duduk semula sementara menunggu orang lain habis mengambil ujian.



Bila ujian selesai, pengadil memberikan sedikit penerangan tentang pergerakan yang betul dan juga tips-tips kepada semua pelajar.


Last sekali coach memaklumkan semua pelajar akan diberikan sijil dan akan bertukar tali pinggang sekiranya lulus. Ibubapa akan dihubungi selepas sijil siap.


Harapnya Hadif lulus dan bertukar tali pinggang pada tahun depan. Sekarang Hadif hanya memakai tali pinggang putih. Kalau lulus, tahun depan dia akan bertukar tali pinggang putih bercalit kuning.

1 comment:

Salma Tayo said...

teringat masa saya ujian tae kwon do dulu. seronok ramai2.