Friday, December 27, 2013

Australia: Admiral Arch Di Flinders Chase National Park, Kangaroo Island

Tempat pertama yang kami kunjungi di Kangaroo Island adalah Flinders Chase National Park. Di dalam sini ada banyak juga aktiviti menarik yang boleh dibuat seperti tengok binatang liar, lighthouse tour, melawat Admirals Arch dan Remarkable Rocks. 

Dalam perjalanan kena berhati-hati sebab kadang-kadang ada arnab atau kangaroo melintas. Ada juga saya ternampak kangaroo mati di tengah jalan. Kesian.....



Terjumpa tanda nama sebelum masuk, jadi harus bergambar dulu.





Masuk ke dalam kawasan National Park, kami ke Visitor Center dulu untuk register kereta dan dapatkan pelekat kenderaan. Mana tahu jadi apa-apa nanti senang nak minta pertolongan. Lagipun perjalanan dari satu kawasan ke satu kawasan memang jauh.





Di dalam sini pun ada jual cenderamata dan baju. Tapi tengok sajalah sebab mahal.




Urusan pendaftaran seperti biasa diuruskan oleh Huzein.



Kami decide untuk ke Admiral Arch dulu. Perjalanannya sungguh jauh bagi saya. Naik bukit turun bukit baru sampai.


Bila sampai rasa lega. Tempat memang cantik. Ada rumah api.






Eh, tengok apa tu?


Rupa-rupanya anak-anak saya tengok singa laut di bawah sana. Memang banyak singa laut tengah lepak.




Angin kuat, memang sejuk. Tak tahan saya terus pakai jaket. Ada hati nak bergambar peluk suami. Perutku menghalang.


Bila tengok balik gambar ni, saya nak minta ampun banyak-banyak pada Huzein. Saya tak pandai ambil gambar. Konon-konon nak ambil gambar dia tengah pegang rumah api, tapi tak jadi.


2 kali ambil pun tak jadi juga. Ampunkan saya!


Gambar saya jadi pula. Nampak elok saja.


Kali kedua pun elok jadinya.


Ambil gambar jauh-jauh sambil pandang rumah api sudahlah ye.


Permandangan di sini memang cantik. Tetapi agak seram tengok ombak yang begitu kuat. Anak-anak saya panggil ombak rindu.





Gambar aksi baby koala harus ada. Ini memang anak manja abah.


Kami berjalan turun ke bawah untuk tengok laut dan ombak dari dekat lagi.



Dekat sini pun boleh nampak banyak singa laut tengah lepak-lepak. 






Ambil gambar kenangan satu keluarga.


Nampak ombak tu. Seram tak? Ini pun anak-anak ajak turun ke bawah lagi tapi saya tak benarkan sebab takut sebarang kemungkinan.








Gambar terakhir, ambil gambar anak-anak dan rumah api. Buat kenangan sebab tak tahu ada rezeki atau tidak kami sampai ke sini lagi.