Thursday, December 19, 2013

Australia: Aktiviti Menangkap Ketam

Aktiviti menangkap ketam sangat terkenal di Ardrossan. Sama ada tangkap dengan menggunakan jaring ataupun pencakar.

Malam itu Huzein bersama emak mertua saya, Yati dan Izwan ke Jeti Ardrossan untuk menangkap ketam menggunakan jaring. Saya tinggal di rumah bersama dengan semua anak-anak semua. 

Ini rupa jaringnya. Letak umpan dan baling saja jaring ke dalam laut. 




Boleh tahan banyak juga ketam yang mereka dapat.





Masak cili memang sedap ni.


Esoknya kami semua ke tepi pantai untuk tangkap ketam menggunakan pencakar. Masa ni air tengah surut, memang sangat sesuai untuk tangkap ketam.



Jauh ke tengah laut kami berjalan, maklumlah air tengah surut.


Rumpai laut rupa macam buah anggur. Kalau dipijak, meletup-letup keluar air.


Bila dah berjalan jauh, tengok ke pantai baru terasa kami berada jauh di tengah laut.



Jom mencakar sambil cari ketam. Air memang jernih, jadi tak susah nak nampak ketam yang bersembunyi di celah-celah rumpai laut.




Hadif dan Imaan kesejukan di dalam air. Ditambah dengan tiupan angin kencang.



Emak, Huzein dah Haziq jadi tukang cari ketam sebab pencakar cuma ada 3 sahaja. Saya tukang ambil gambar.



Sekali Huzein kena sepit dengan ketam. Patutnya pakai sarung tangan untuk ambil ketam dan masukkan dalam baldi tapi tak teringat.


Jernihkan airnya. Memang boleh nampak ketam di dalam air.


Kami yang sibuk nak berposing. Padahal bukan tolong tangkap pun. Tolong tengok saja.




Dari jauh boleh nampak burung-burung lepak di sini.


Kebetulan ada 2 orang yang lain datang mencari ketam.


Baru setengah jam kami di situ, cuaca berubah mendung dan hujan rintik-rintik. Terpaksalah semua ke pantai untuk menyelamatkan diri. Aktiviti menangkap ketam terpaksa dihentikan.



Comel saja gambar ni. Gambar Huzein mengendong Hadif dan Mak mengendong Imaan. Kaki mereka terluka sebab terpijak batu karang.


Saya berjalan dengan Hana Alesya.


Kami cuma dapat dalam 3-4 ekor ketam sahaja. Nasib baik malam sebelum itu dah dapat banyak. Dapatlah sekali masak dan makan ramai-ramai.