Wednesday, December 18, 2013

Australia: Ardrossan Jetty

Ardrossan sangat terkenal di kalangan kaki pancing. Siap ada yang datang dengan karavan dan tinggal di satu kawasan yang dikhaskan untuk datang memancing. 



Inilah jetinya. Air tengah surut masa kami datang melihat-lihat.




Nampak rumpai laut memenuhi pantai.


Kawasan berbukit ini merupakan sarang burung camar.



Ini dia burung camarnya.


Budak bertiga ni happy betul. Hadif saja tak mahu ikut kami keluar.


Kesian burung, tak senang duduk. Asyik kena kejar saja.


Hana Alesya sekarang ni bukan main lagi kalau bab-bab berposing.


Gaya lompat-lompat ni, Huzeinlah yang suruh budak-budak ni buat. Budak-budak ni mengikut saja.




Ini gaya model majalah pula.


Sekumpulan pemancing yang sudah habis memancing. Angkut semua peralatan bawa balik ke kereta.


Kami saja meninjau-ninjau di sekitar jeti sebab Huzein bercadang untuk tangkap ketam pada malam itu. Itu antara aktiviti kegemaran dia sepanjang berada di Australia.

3 comments:

Mama Zharfan said...

ur hubby ada course ker or sajer2 pegi holiday kat OZ?

Aishah Megahasz said...

Suzie: Kami pergi holiday sambil melawat adik ipar di sana.

Mama Zharfan said...

beshnya pegi holiday beramai2 tu :)