Friday, December 20, 2013

Australia: Beerenberg Strawberry Farm

Gambar permandangan yang cantik ini diambil masa kami dalam perjalanan ke Beerenberg Strawberry Farm. Satu permandangan biasa di sini. Kadang-kadang boleh nampak ladang biri-biri, lembu atau kuda. 



Papan tanda menuju ke Beerenberg Strawberry Farm. Sebenarnya saya teringin nak petik buah ceri tapi masa ni musim buah ceri baru bermula. Tiada kebun yang dibuka untuk petik buah ceri lagi. Jadi, dapat petik strawberi pun jadilah.




Lepas register nama, kami ke seberang jalan untuk ke kebun strawberi.



Besar juga kebunnya. Selain strawberi ada tanaman lain yang ditanam di sini.


Maka bermulalah aktiviti memilih buah strawberi yang besar dan merah. Anak-anak memang enjoy pilih buah strawberi.




Hana Alesya memang tak kalah dalam bab berposing. Macam-macam gaya dia beri.



Sambil petik buah, sambil makan. Memang sedap dan manis. Er...ada juga yang masam sikit-sikit.





Selain kami, ada pelancong dari Jepun juga di sini tengah memetik buah strawberi.







Gemuk dan besarkan buah strawberinya. Sama gemuk macam muka saya yang sudah macan kuih pau.



Sambil cari buah strawberi, sambil makan. Tak berhenti-henti saya makan. 



Anak-anak saja yang bersungguh-sungguh kumpul buah strawberi.



Mak pun sama.


Bila bekas dah penuh, kami kembali semula ke kaunter untuk timbang dan buat bayaran.


Eh, limau purut pun ada ditanam di sini.




Orang sibuk di dalam, saya dah Huzein sibuk bergambar di luar.



Di dalam ada macam-macam produk dijual termasuklah cenderamata, jem dan buah strawberi.



Lepas tu Pak Su Izwan belanja kami semua makan aiskrim. Sedap, aiskrim yang dicampurkan dengan strawberi segar.



Umar pun layan makan aiskrim juga.


Lihatlah 3 bungkus besar strawberi yang kami beli.... tidak termasuk handbag Coach mak ye.


Dalam perjalanan keluar, ternampak tempat menjual apple. Tapi tak singgah, cuma lalu sahaja.



Balik rumah, pulun makan lagi strawberi. Memang puaslah!

2 comments:

Mama Zharfan said...

siyes besh! tak pegi PYO apples ker? kat OZ ada pick anggur tak? kat notts dulu ada PYO apples dan strawberries ajer..

Aishah Megahasz said...

Suzie: Dekat sini famous pick ceri dengan strawberi. Ada juga kebun anggur ,epal bagai...tapi sempat pergi kebun strawberi ni dengan kebun lavender dekat Kangaroo Island saja.