Monday, December 30, 2013

Australia: Emu Bay Lavender, Kangaroo Island

Hari kedua di Kangaroo Island, pagi-pagi lagi kami keluar ke kebun lavender, Emu Bay Lavender. Klasik betul papan tandanya. 



Ish, motif pakai topi? Bila tengok gambar ni terasa diri sungguh tidak lawa!


Kebunnya kecil sahaja. Masa Huzein kata kami semua akan singgah di kebun lavender, hati berbunga-bunga teringat kebun bunga macam cerita Hindustan. Bunga-bunganya tinggi dan orang pun boleh menyorok di celah-celahan bunga. Bila dah sampai......



Jadilah, merasa juga bergambar dengan pokok bunga lavender yang sebenar.




Gambar kami sekeluarga diambil oleh pelancong German. Huzien ni peramah betul, macam-macam disembangnya. Maklumlah orang pernah sampai ke German.



Keadaan sekitar kebun lavender. Tak ada orang jaga pun. Mungkin masih di dalam rumah dan tengah tidur...hahahahaha.....maklumlah masih awal pagi.


Lavender yang ditanam juga diasingkan dan dinamakan mengikut jenis.









Sekejap saja kami di sini. Di sini juga ada jual aiskrim lavender. Tapi masih awal pagi dan sejuk pula tu, takkan nak makan aiskrim. Jadi, marilah kita ke tempat lain.