Thursday, December 19, 2013

Australia: Gorge Wildlife Park

Kami ke Adelaide lagi. Kali ini kami berkunjung ke Gorge Wildlife Park. Nak tengok kangaroo dan koala yang sangat terkenal di Australia. 



Umar pun dah bersedia.


Sebelum masuk ke dalam taman kena buat bayaran dahulu. Di sini juga ada jual pelbagai cenderamata.




Kebetulan masa kami sampai adalah waktu untuk bergambar dengan koala. Jadi, kami terus pergi ke situ dulu.

Kena beratur tunggu giliran.


Mula-mula Huzien.


Anak-anak saya tak benarkan dukung koala. Karang terjatuh koala tu, lain cerita jadinya. Tumpang bergambar dengan ibu dan abah sajalah.


Ok, tiba giliran saya. Seram pun ada, sampai terpejam-pejam mata. Tapi koala ni baik dan tenang saja.



Barulah dapat bergambar dengan cun dan elok.


Kejap saja pegang. Setakat ambil gambar sahaja.


Hana Alesya memang suka dengan binatang. Tak takut lansung dia dengan koala.




Giliran Yati, Izwan dan Umar. Umar terpaksa dipegang tangannya sebab geram dengan koala dan hampir-hampir nak lepuk si koala.



Oh, Hana Alesya ni tak  habis-habis lagi. Sibuk nak bagi makan koala pula.



Kawan siapa ni? Sang buaya tengah berjemur.


Kami ke kandang walabi. Walabi lebih kurang macam kangaroo, tapi kecil sedikit. Jinak dan mesra walabi ni. Kami pakat-pakat beri makan biskut.








Comel tak kami berdua?











Aish.... gambar najis walabi pun kena ambil.





Lepas tu ke kandang unta pula. Unta pun kena suap biskut.






Walabi ikut kami sampai ke kandang unta sebab nak minta biskut. Sebab kamu sangat comel, terpaksalah bagi juga.


Wah, mesra gitu!



Anak itik Tok Wi. Ada macam-macam species. Yang mulut bising pun ada.


Lepak sambil tengok itik dalam kolam.



Kangaroo sedang bersedia untuk menyerang. Dia macam tahu saja kami semua bawa biskut untuk dia.


Terpaksalah ramai-ramai layan kangaroo bagi makan biskut.





Mak pun kena serang dengan kangaroo minta biskut.






Tasmanian Devil. Dalam rancangan kartun macam ganas. Tapi saya tengok comel je.



Tak ingat nama burung ni. Tapi dalam cerita Finding Nemo ada watak burung ni.



Lalu di tempat koala balik.



Depan toilet pun gigih nak berposing.





Ayam turki yang nampak baik sebelum tiba-tiba lupa dataran dan mengejar Imaan.




Bulu ayam ni sangat cantik. Warna-warni bulunya.


Kami terjumpa binatang comel ini juga di sini. Anak-anak kata dia ada dalam cerita Madagascar.




Rusa pun menjinakkan diri. Tapi sorrylah sayang, biskut sudah habis.



Kebetulan nampak pokok ceri.


Begini rupanya buah ceri. Yang ini belum masak.


Yang masak tinggi di atas pokok. Kalau rendah, mahunya saya ambil dan makan.


Sang helang yang nampak garang.


Bergambar bersama anak-anak.






Cuaca sangat baik cuma hujan rintik-rintik sekejap sahaja.


Umar pun happy dapat tengok banyak binatang.



Please come again? Alahai, bila nak datang lagi pun tak tahulah. Silap-silap tak ada peluang lagi ke sini.



Kami bergambar beramai-ramai di depan George Wildlife Park. Hadif muka masam sebab dipaksa bergambar padahal dia nak makan keropok.



Dapat makan keropok terus angin baik.


Saya seronok di sini sebab dapat tengok walabi, kangaroo dan koala di depan mata. Lagi seronok dapat beri mereka makan.

1 comment:

Mama Zharfan said...

besh!! kat sydney tak leh dukung koala..boleh posing tp koala atas pokok la :p