Monday, December 23, 2013

Australia: Jalan-Jalan Di Adelaide Lagi

Wah semangat! Walaupun Adelaide jauh dari Ardrossan, tapi semangat nak pergi jalan-jalan tak pernah pudar. Lagi-lagi bab-bab membeli barang, lagilah penuh bersemangat. 

Kami ke Harbour Town untuk membeli-belah kali ini. 


Pergi ramai-ramai memang seronok walaupun penat. Mana nak pilih barang, mana nak kepung anak lagi takut hilang.



Kedai ni memang best. Paling best ada jual koleksi handbag dan wallet Kardasians.


Jom serbu. Rambang mata sampai tak reti nak pilih. Nak-nak time tu ada sales sempena Krismas.


Huzein offer nak belanja handbag, tapi dah rambang mata, jadi tak reti nak pilih. Banyak sangat pilihan.


Jadi saya ambil keputusan beli wallet sahaja memandangkan wallet saya sudah rosak.


Pilihan saya yang warna pink tu (dalam bulatan).


Huzein memborong seluar jeans Levi's di sini.


Anak-anak sibuk nak main di tempat permainan. Untuk anak-anak, saya bnayak memborong baju di Cotton On Kids.





Habis shopping, kami bergerak keluar dari Harbour Town untuk keluar lepak-lepak di pantai.






Lepak sambil mengumpat suami masing-masing. Sampai berkerut-kerut muka saya.


Ini cubaan namanya.


Ini tengok-tengok dari jauh namanya.


Tiba-tiba budak 4 orang ini telah berada di pantai dan bermain pasir dengan gembiranya. Siapa bagi kebenaran ni? Grrrrr......



Nasib baik kamu Umar kecil lagi. Kalau tidak rasanya sudah terjun main pasir bersama. Main di padang rumput sudah ye.




Bersungguh-sungguh main budak berempat ni. Kena marah baru naik ke atas.




Aktiviti wajib, ambil gambar beramai-ramai. Harus bergambar sambil cekak pinggang supaya nampak kurus? Motif? Padahal perut besar.



Eh, lupa nak cekak pinggang!


Saya dan suami saya.


Bukan main lagi Haziq. Huzein ambil gambar dia berposing macam artis.



Lalu di sini saya suruh anak-anak cuci tangan. Maklumlah main pasir bersungguh-sungguh sangat tadi. Tiba-tiba jadi sesi main air pulak.





Dalam berjalan ke kereta sempat lagi nak berposing.



Haziq dan BFF/Sepupu dia Imaan. Kadang-kadang baik, kadang-kadang bergaduh dan merajuk.


Ini memang anak manja abah. Minta apa pun dapat. Malam-malam mesti nak tidur sambil peluk perut abah.



Dekat sini pun ada jual cenderahati. Tapi kami singgah tengok-tengok sahaja.


Last sekali kami semua singgah solat di sini. Sepanjang saya berada di Australia, 2 kali saya bersolat di sini.



Balik ke Ardrossan, letih yang amat. Tapi berjalan punya pasal, bab letih tu tak payah ceritalah. 

4 comments:

CikLily Putih said...

not bad tempat ni ek..

Mama Zharfan said...

cuaca tak sejuk yer..

Aishah Megahasz said...

CikLily: Seronok membeli, tapi mahal kalau convert duit Malayisa.

Suzie: Masa ni summer, tapi angin kuat. Sejuk terasa kalau duduk di luar bangunan.

Muhammad Khairuddin Lim said...

Pantai Harbour best kan.