Thursday, December 19, 2013

Australia: Jalan-Jalan Di Adelaide

Selepas puas berehat-rehat di rumah Yati di Ardrossan, dah hilang letih naik kapalterbang, kami pergi jalan-jalan di Adelaide. Perjalanan dari Ardrossan ke Adelaide dengan kereta lebih kurang 2 jam. Boleh tahan jauh. Tapi penduduk di sini memang sudah biasa travel jauh-jauh begini. 

Sampai di Adelaide dapatlah tengok senibina yang cantik-cantik di sini. Kawasannya pun bersih, tiada sampah merata-rata. 







Ini adalah China Town.


Tempat mula-mula kami pergi ada Central Market. Kami parking kereta di sini.





Central Market adalah tempat menjual buah-buahan dan sayur-sayuran segar dengan harga yang murah. Ada juga roti dan manisan dijual di sini.




Tengok buah-buahan di sini memang terliur. Nampak fresh dan ada banyak pilihan.




Saya gedik pergi beli strawberi di sini. Saja nak merasa.





Di sini ada kedai Asia yang menjual pelbagai produk Asia termasuk kicap, mee dan lain-lain.


Terjumpa kedai jual perfume murah. Tapi tak beli dan nasib baik tak beli sebab lepas tu kami jumpa kedai yang jual perfume lagi murah.



Ada juga kedai menjual cenderahati, t-shirt dan jaket. T-shirt di sini berkualiti dan harga pun murah.



Siapa mau makan kanggaroo? Siap marinate lagi. Yang pasti tak halal sebab tidak disembelih.


Sempat lagi Hadif dan Hana naik kuda. Tapi sorry sebab ibu tak bagi duit untuk kuda bergerak.


Habis beli barang, kami simpan di dalam kereta dan berjalan ke trem untuk ke pusat membeli-belah. Haziq sibuk nak posing dekat singa.


Uish, besarnya perut saya. Tak larat bawa perut, tapi hati masih waja untuk pergi berjalan-jalan.


Kami naik trem di hadapan Hotel Adelaide.



Sempat lagi berposing. Nama pun pelancongkan.



Ok dah sampai. Banyak betul kedai. Duit saja yang tak banyak. Datang sini terus jatuh miskin sebab duit Australia mahal. Kalau pergi Indonesia atau Thailand boleh berlagak macam jutawan.





Budak-budak bising lapar. Jadi kami singgah makan dulu di Roshans Noodlebar. Di sini ada nasi dan juga pelbagai jenis mee.





Mak buyung makan kebab, share dengan Huzein sebab kebabnya besar sangat. Kebab beli di kedai sebelah.


Anak-anak makan nasi. Maklumlah tekak melayu, mesti nak cari nasi.


Saya dan Huzein sibuk membeli perfume, anak-anak sibuk bergambar. Haziq yang ambil gambar.



Banyak kedai buat dekorasi berkaitan dengan Krismas.


Oh, ini di K-Mart. Haziq ambil gambar Imaan. Imaan ambil gambar Haziq. Orang sibuk membeli barang, dia sibuk berposing.



Habis shopping kami lepak di luar.



Beli kopi dan coklat panas untuk basahkan tekak.




Kemudian kami naik trem semula untuk ke Cental Market. Ambil kereta dan cari tempat untuk solat. Kami ke Al Khalil Mosque. 








Nampak bayang-bayang saya tengah solat. Haziq semua benda dia nak ambil gambar. Saya sekarang solat sambil duduk. Sudah tidak mampu solat berdiri, tersangkut perut.



Huzein bersembang dengan salah seorang jemaah di sini. Haziq sibuk mengambil gambar Imaan.



Selesai solat, kami pergi bungkus makanan dan terus pulang ke Ardrossan. 

No comments: