Monday, December 30, 2013

Australia: Koala Walk, Kangaroo Island

Memandangkan koala itu comel, jadi marilah kita pergi melawat dia sekali lagi. Kali ini kami ke pergi tengok koala yang hidup bebas di habitatnya.




Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami pun berjalan ke dalam taman. Taman atau lebih layak dipanggil hutan kecil ini menempatkan koala dan kangaroo sahaja. Kena pusing-pusing di dalam taman ini dan cari sendiri di mana binatang itu berada.



Koala pertama yang kami jumpa.


Hadif yang jumpa. Beria dia tunjukkan pada kami semua.


Ok, jom jalan lagi cari koala. 




Tiba-tiba ternampak kangaroo sedang berehat. Kena diam-diam, kalau dia harus dia lari.




Kami jalan ke depan lagi, barulah jumpa banyak koala. Kena cari betul-betul sebab warna koala dengan batang pokok lebik kurang saja. 


Ibu koala sedang mengendong anaknya. Laju-laju dia lari naik ke atas pokok bila nampak kami semua.






Kangaroo pun lari menyorok di belakang pokok. Alalala...janganla gitu. Kami bukan nak tangkap, nak tengok saja.





Aktiviti yang sedikit boring bagi saya. Anak-anak saja yang suka sebab dapat tengok haiwan dari dekat. Saya tak berapa larat nak jalan, jadi boringlah jadinya.


Memandangkan saya sudah letih, jadi destinasi seterusnya adalah hotel penginapan kami.

No comments: