Friday, December 27, 2013

Australia: Naik Feri Ke Kangaroo Island

Satu perjalanan yang memenatkan!

Dari Ardrossan ke jeti untuk ke Kangaroo Island mengambil masa selama 4 jam. Naik feri lebih kurang 45 minit. Memang letih. Seawal jam 4.45 pagi, selepas solat Subuh, kami keluar dari rumah. 

Tiket feri telah kami tempah awal-awal lagi secara online. Begitu juga dengan hotel. Kami naik feri jam 9.00 pagi. 


Untuk kereta, hanya pemandu saja dibenarkan berada di dalam kereta semasa kereta di bawa masuk ke dalam feri. Jadi saya dan anak-anak keluar dan terus pergi ke bahagian penumpang.




Sebelum naik feri, bawa anak-anak ke tandas dulu. Sempat lagi bergambar tu.


Inilah rupa tiketnya. Siap letak nama lagi.


Bila saya tengok ramai penumpang mula naik feri, saya pun turut serta. Gambar ni Huzien yang ambil sebab lepas parking kereta, dia naik ke tempat penumpang.



Muka-muka gembira dapat naik feri.



Gembiralah sangatkan.....


Kegembiraan bertukar menjadi mimpi ngeri sebab saya mabuk laut. Pejam mata tak buka sampaila ke jeti di Kangaroo Island. Haziq pun mabuk laut juga.


Hana Alesya pun pengsan di sebelah Hadif. Cuma Hadif dan Huzein saja yang bertahan.


Ini feri yang kami naik masa pulang. Kami pulang esoknya dalam jam 2.30 petang.


Kami tengok ada lori yang membawa kambing biri-biri beratur elok saja berdekatan jeti.



Kami bersiap sedia turun dari kereta untuk naik feri.


Rupa-rupanya lori tu naik feri bersama kami.





Dari atas, boleh tengok kambing biri-biri bersesak dalam lori.



Anak-anak dan Huzein naik ke tingkat atas untuk bergambar. Saya malas nak naik sebab dalam hati masih cuak takut mabuk laut lagi.





Masa kami balik, hujan turun renyai-renyai. Nasib baik air tak bergolak sangat, kalau tidak harus saya  mabuk laut lagi.


Kalau nak puas explore Kangaroo Island elok tidur di sini 2 malam. Kami tidur cuma 1 malam sahaja. Jadi tempat yang kami pergi pun kami pilih yang betul-betul best.

No comments: