Thursday, December 26, 2013

Australia: Pasar Pagi Adelaide

Alamak, lupa nak cerita. Pagi sebelum kami ke Harbour Town, kami semua ke pasar pagi di Adelaide. Pasar pagi ini diadakan setiap pagi Ahad. Ada jual pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. Nak jumpa ramai orang Malaysia, datanglah ke sini. Nak masuk kena bayar dulu.



Orang tak payah cakap, memang ramai. Sayur dan buah memang segar dan terbaik dari ladang. Kena pandai pilih dan buat perbandingan kalau nak harga murah.





Buah plum ini saya beli. Terliur tengok buahnya yang merah menyala. Selain tu saya beli juga buah ceri (lupa nak ambil gambar).


Selain sayur dan buah, di hujung kawasan pasar adalah kawasan car boot sale. Macam-macam ada. Paling banyak yang dijual adalah pakaian dan mainan.



Kami berhenti melepas lelah dengan  beli air minuman dalam tin dari gerai Pak Arab (tak sure, rasanya orang Afgan).


Habis memborong di sini, barulah kami semua ke Harbour Town.

1 comment:

Mama Zharfan said...

beshnya car boot sale ;)