Monday, December 30, 2013

Australia: Remarkable Rocks, Kangaroo Island

Remarkable Rocks adalah salah satu tempat yang boleh dilawati di Flinders Chase National Park dan salah satu tempat yang saya teringin nak pergi. 


Melalui gambar yang saya tengok, batu di sini mengalami perubahan tahun demi tahun kesan dari perubahan cuaca, angin dan sebagainya.


Lepas parking kereta, kami berjalan kaki naik ke atas bukit.



Dari kejauhan ini. Fuh, boleh tahan letih nak sampai ke atas tu!



Memadangkan pengunjung perlu memanjat bukit, tanda amaran bahaya diletakkan di situ sebagai peringatan.




Memang kagum bila berada berdekatan dengan batu yang besar ini. Seolah-olah ada satu kuasa yang mengangkat batu itu dan meletakkannya di situ. Itulah kuasa dan kebesaran Allah s.w.t. Batu pun ada pelbagai bentuk dan ada yang sangat-sangat besar. Sila muntah darah tengok gambar kami yang sungguh banyak, berposing macam-macam gaya dengan batu.







Dekat atas ni angin pun kuat juga. Saya dah macam tepung bungkus, kesejukan.
























Seriusnya bila mula sampai di sini, saya berasa sedikit seram tengok batu-batu yang sangat besar dan pelbagai bentuk. Tapi bila difikirkan semula itulah kebesaran penciptaNya. Kagum dan terharu.